Isnin, September 30, 2019

Tips Memilih Avokado dengan Betul

Dahulu saya pernah tulis entri mengenai cara-cara memilih buah avokado. Bagaimana kita hendak beli buah avokado yang sesuai dengan melihat warna kulitnya, rasa tekstur buah ... yang mana satu sedang elok dan boleh dimakan terus atau jika ingin dijadikan stok, keadaan buah macam mana yang boleh disimpan selama beberapa hari. 

Lihat entri berkenaan di sini.



Hari ini saya kongsi tips tambahan untuk memilih avokado. Yang pertama ini, lebih kurang sama seperti dalam entri saya di atas cuma melalui gambar ini ditunjukkan sekali isi avokado setelah dipotong sebagai panduan untuk kita.

Kredit


Jika inginkan avokado yang sudah masak dan sedia dimakan, carilah yang kulitnya hijau pekat atau coklat kehitaman. Jika ditekan sedikit bahagian luar buah, kita dapat rasa isinya lembut berbanding dengan buah yang berwarna hijau. Pada peringkat ini, avokado tersebut sedang elok untuk dimakan. Tidak terlalu keras atau terlalu lembik.

Kadang-kadang, avokado saya sempat juga bertukar mushy sebab sudah terlalu masak. Kebiasaannya saya tidak akan gunakan untuk buat salad atau pencuci mulut. Paling mudah, saya kisar dan buat jus avokado (alpukat). Sayang nak buang. Faham-faham sahajalah harga buah ini bukan murah. Jadi kita jadikan jus atau buat smoothie. Tetapi, kalau avokado dah terlalu lembik, masam dan berair, buanglah ye. Itu dah dikira tidak selamat untuk dinikmati.

Selain daripada berpandukan warna kulit, kita juga boleh tengok pada bahagian tangkainya. Tengok gambar di bawah ini pula. 



Kredit: @Babyfooduniverse

Andai kawasan yang terpisah dari tangkai berwarna cerah, maknanya buah avokado itu masih segar dan elok. Jika berwarna hitam, sebaliknya. Mudah kan?



Kebiasaannya, saya guna avokado sebagai salah satu bahan untuk hidangan salad atau buat dipping sauce. Selain itu, menu wajib apabila ada buah ini di rumah ialah jus alpukat dan kopi alpukat. Nak cuba buat? Jengah resepinya dengan klik entri-entri di bawah.

  • Kopi Alpukat - Kopi O Ais, Avokado dan Aiskrim Vanila. Nak cuba?
  • Jus Alpukat - Gabungan rasa lemak buah avokado dan kemanisan sos coklat memang yummy!

13 ulasan:

  1. suka jus avacado.. Ada kawan jual dah siap blend.. fresh.. Sesekali bolehlah.. sebab harganya agak mahal.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan...nanti kita jumpa kita ngedate minum jus avokado ke...avocado shake ke... :)

      Padam
    2. wah.. kak farah ajak Sha ngedate.. Seronoknya.. :)

      Padam
  2. teringin jgk nk rs avokado ni..
    entah tekak ni blh terima ke x xtau la.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa dia lemak-lemak, ezy. Kalau nak rasa, cari orang jual jus avokado yang siap campur dengan sos coklat. Jangan beli jus yang plain. Sesetengah orang susah nak terima.

      Padam
  3. Saya teringin nak minum yang avocado shake kat Melaka tu tapi tak berani hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak suka avocado shake! Tapi buat sendiri je sebab nak adjust kandungan gulanya tak mahu manis sangat.

      Padam
  4. bila ckp psl avocado ni mesti teringat mak cik dgn kucing2 dia. dia beri mkn avocado kt kucing2... since dia byk tanam avocado no wonder tiap2 minggu kucing dpt mkn buah ni hehehe

    BalasPadam
  5. ekin tak pernah makan avocado ni selalu duk tengok jah hahaha...

    BalasPadam
  6. saya pernah buat avocado lassi (ntah betul ke nama), yang guna susu tu.. kena setengah gelas dah kembang tekak.. HAHA..

    BalasPadam
  7. Tak reti nak beli avocado. Lagi pun tak reti nak makan sangat avocado.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.