Rabu, Februari 03, 2021

Berbaloi di DAISO - Cleaner for Drain Pipes

Sebelum ini saya ada tulis entri berkenaan Toilet Deoderiser  dan Metamine Sponge DAISO. Hari ini saya ingin kongsi satu barang berbaloi yang boleh dibeli di DAISO dan diperlukan untuk kediaman kita - cleaner for drain pipes.


Inilah rupanya. Tengok gambar produk pun dah tahu kan kegunaannya untuk apa. Produk dalam bentuk serbuk ini sangat sesuai untuk bantu kita atasi masalah sinki atau perpaipan yang tersumbat. Faham-faham sahajalah apabila sinki tersumbat, betapa menjengjelkan keadaannya. Belum campur siap dengan pakej bau kurang enak lagi. Dahulu, semasa tinggal menyewa di Subang, sinki dapur rumah memang ada penyakit tersumbat secara berkala. Jadi, barang ini memang wajib ada dalam simpanan saya. Senang untuk maintain keadaan sinki.

Cara penggunaan mudah. Apabila nampak sinki menunjukkan tanda aliran air yang lambat, ambil satu pek cleaner ni. Dalam satu kotak ada 8 pek 20g. Bagi saya kira berbaloilah. Baik, mula-mula pastikan sinki kering. Jangan buat masa tengah berair pula. Ambil satu pek, koyakkan bungkusan dan dengan hati-hati tuangkan serbuk tersebut ke dalam lubang sinki. Masukkan betul-betul biar semua serbuk masuk ke dalam salur paip. Perlu juga hati-hati kerana serbuk ini boleh tinggalkan kesan pada permukaan sinki tertentu. Apa-apa, kalian baca dengan teliti kotak tu. Haa, yang rasa-rasa tangan atau kulit sensitif pun dinasihatkan pakai sarung tangan untuk lindungi diri anda.

Setelah itu, tuang air panas ke dalam lubang sinki dan biarkan serbuk cleaner ini bertindak membersihkan piping anda. Jangan guna buat beberapa ketika. Selalunya saya buat ni sebelah malam. Setelah cuci semua pinggan mangguk, sebelum masuk tidur. Bangun keesokan harinya, sinki dah dalam keadaan tip top, menyambut kita dengan bau segar.

Untuk masalah perpaipan ringan, bagi saya produk DAISO yang satu ini OK dan berbaloi dibeli. Ada siapa-siapa yang juga pernah cuba guna? Atau kalian ada cara lain untuk atasi masalah saluran paip tersumbat? Kongsi sikit, please 😊 

9 ulasan:

  1. Alhamdulillah sudah tahu nama produk dan di mana untuk dapatkannya. Selalu guna bicarbonate soda dan cuka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna soda bikarbonat dengan cuka pun berkesan kan...

      Padam
  2. Terus saya cari di Daiso (Shopee) dan add to cart.. hehehe.. TQ kak share..

    BalasPadam
  3. Oh boleh cuba nanti ni. Sebelum ni tuang air panas je.. 😅

    BalasPadam
  4. Menarik untuk dicuba. Minyak pun kadang-kadang boleh jadi punca sinki tersumbat. Ada ni senang sikit

    BalasPadam
  5. so far kat rumah ni x de masalah singki tersumbat tp bolehlah cari sbg persediaan

    BalasPadam
  6. sebelum ni sy penah guna brand harpic je.. ada utk buang clog kt sink.. tp harga agak mahal la yg penting mmg efektif

    BalasPadam
  7. Memang berbaloi tu ada 8 pek. Boleh lah guna secara berkala atau bila prob sinki tersumbat. ready stok siap²

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.