Jumaat, April 03, 2020

Resepi Kek Coklat Kurma Dalam Mug 2 Minit

Ini memang dianggap resepi PKP. One of my go - to recipes saat saya tiba-tiba teringin nak makan kek atau sesuatu yang manis. Apa yang menariknya, kek ni ambil masa kurang daripada lima minit untuk disediakan. Dua minit untuk siapkan bahan-bahan dan sukat apa yang perlu. 30 saat untuk kacau adunan manakala antara satu hingga satu minit setengah untuk masak di dalam ketuhar gelombang mikro.

Kek coklat dalam mug saya ini ada perasa kurma. Cuba untuk kurangkan penggunaan gula dan berharap versi kek saya ini guilt-free (yang mana saya boleh nikmati tanpa rasa bersalah), saya guna kurma. Jadi, rasa manis kek coklat saya hanya daripada manis buah kurma. Beberapa biji kurma saya rendam dalam 1 - 2 sudu besar air panas untuk lembutkan isinya, kemudian saya lenyek-lenyek supaya menjadi pes kurma. Jika tidak mahu guna pes kurma, kalian boleh sahaja guna gula biasa, gula perang, madu atau sirap mapel. Ikut kesukaan masing-masing ye.

Lagi satu, tepung saya guna tepung badam. Tiada tepung badam? Guna tepung gandum biasa pun boleh.


Resepi Kek Coklat Kurma dalam Mug 2 Minit

Bahan-bahan:
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar pes kurma (Atau boleh guna gula/madu/ sebarang pemanis pilihan kalian)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar minyak sayuran/mentega/marjerin yang dicairkan
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • secubit garam


Langkah-langkah penyediaan:

Masukkan semua bahan di atas ke dalam mug yang bersaiz besar. Kacau sehingga menjadi adunan yang sekata. Tiada tepung atau serbuk koko yang berketul-ketul sangat.


Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro dan masak antara satu hingga satu minit setengah. Masa masak berbeza bergantung kepada ketuhar gelombang mikro masing-masing.

Ketika dimasak, kek akan naik meninggi kemudian akan turun semula ke saiz asal. Itulah sebabnya kena pakai mug saiz besar. Apabila bau wangi semerbak mula sentuh deria bau, tandanya kek dah masaklah tu.


Sedia untuk dimakan. Boleh makan terus begitu sahaja atau letak sedikit yogurt sebagai topping. Saya letak lebihan pes kurma je.

Mudah kan? Tak payah tunggu lama. Tak perlu order food delivery. Sekelip mata je kek kita dah siap. Craving satisfied. 😎

8 ulasan:

  1. mudah sangat ini.. nak dengan tak nak buat je kan kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Asal ada bahan2 kat dapur...tinggal nak digodek je jadi kek 😊

      Padam
  2. Nak cuba buat. Memang tengah rasa nak makan kek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba! Akak memang time PKP ni rasa nak something sweet and cakey buat kek dalam mug ni je. Lepaslah craving tu 😊

      Padam
  3. Agaknya kalau guna air fryer boleh jugakan? Rumah sis takde microwave :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, sis. Tetapi masa membakar tu kena lamakan sedikit.

      Padam
  4. dah lama tak buat kek.
    bilalah kerajinan itu datang semula? adeh.

    BalasPadam
  5. kek dalam mug senang dan cepat.
    saya selalu tengok recipe kat Bigger Bolder Bakers dia selalu share recipe dalam mug. tapi tak pernah cuba pun. suka tengok ja =P

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.