Ahad, Februari 07, 2021

5 Hidangan Sayur yang Ringkas dan Mudah Disediakan

Happy Sunday! Sarapan apa pagi ini? Sudah mula fikir tengah hari nanti hendak masak menu apa? Apa kata cuba intai lima hidangan sayur ringkas di bawah ini. Mudah disediakan, tidak memerlukan bahan yang banyak. Ideal sangat untuk disantap pada hujung minggu. Tidak semestinya dihidangkan dengan nasi, jadi side dish untuk juadah utama yang lain pun boleh. Klik pada pautan nama resepi berkenaan ya.


Lobak Merah Rosemary

Bahan yang diperlukan cuma lobak merah, bawang putih, beberapa tangkai daun rosemary dan garam. Hanya perlu tumis seketika di atas dapur jika gemar tekstur lobak merah yang crunchy. Jika tidak, tambahkan sedikit air dan masaklah lebih lama untuk lembutkan hirisan lobak. Gabungan aroma rosemary dan bawang putih memang akan memancing selera! Hidang dengan ayam panggang pun sedap ni.



Macam-macam olahan yang boleh dibuat dengan kubis bunga. Salah satu daripadanya ialah dengan menyediakan kubis bunga paprika yang dibakar di dalam ketuhar pembakar (oven). Bagi yang ada air fryer, resepi ini juga sesuai disediakan menggunakan air fryer. Potong sayur dan kentang, perasakan dengan bahan-bahan dan sedikit minyak, bakar. Mudah sahaja, kan? Jika tidak mahu menggunakan paprika, boleh gantikan dengan rempah atau herba lain. Pstt! Saya cadangkan letak parutan keju.


Ini antara kegemaran saya. Salad timun ini kadang-kadang saya buat semata-mata untuk diratah. Seeloknya pakai timun yang keras lagi. Barulah krup krap krup krap mulut mengunyah. Ada sesetengah orang tidak suka makan empulur timun. Terpulang pada kalian hendak guna atau tidak. Jika tidak mahu masukkan empulur, potong tirus memanjang. Yelah, kadang-kadang bahagian empulur timun ni apabila dah masak sangat macam lembik dan soggy. Tidak perlu masukkan dalam salad. Empulur tu kita kisar buat air lagi sedap!

Salad ini jadi lebih enak dimakan disebabkan rasa sitrusnya yang segar. Itu yang kalau makan begitu sahaja, sekejap je satu mangkuk boleh habis. Tak percaya? Cubalah buat.


Bagi yang suka makan kucai atau ada stok daun kucai di rumah, cuba buat kucai goreng campur ni. Haa ... memang dijamin sedap lagi menyelerakan. Saya selalu jika beli kucai untuk goreng kueteow, memang akan beli lebih untuk buat cucur dan kucai goreng ini. Bahan utama ialah daun kucai, selebihnya ikut apa ada dalam dapur kalian. Saya biasa letak jagung muda dan sedikit bebola. Boleh juga guna fishcake atau hirisan tauhu. Jika hendak tumis kucai dengan telur sahaja pun sudah memadai.

Telur dadar lobak merah ini antara cara mudah untuk kita masukkan sayur dalam hidangan. Boleh juga umpan anak-anak yang liat hendak makan sayur hijau dengan cara ini. Sesuai untuk dijadikan lauk, sesuai juga jika dihidangkan semasa sarapan. Saya selalu akan kapit dengan roti, sapu sedikit mayones dan sos cili ... yummeh! Ala-ala macam sandwic street food di Korea. Cuma sandwic tu mereka guna hirisan kubis, kan? Haa... lebih kuranglah. 

Selamat mencuba 5 resepi ringkas di atas. Tidak perlu pening-pening kepala hendak masak apa. Singkat masa di dapur, dapatlah luangkan masa buat benda lain hujung-hujung minggu ini. Selamat berehat. Enjoy the rest of your weekend!

14 ulasan:

  1. Stok lobak merah banyak dalam fridge SA..boleh la masak macam ni ha..mesti sedap kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap, SA. Lagi pula saya jenis suka lobak merah tu rangup-rangup. Nanti SA try tau, tengok kena dengan selera atau tidak :)

      Padam
  2. kalau anak² jenis x memilih senang sgt nk variasikan sayur ni.. anak² kakmim sayur yg diorg mkn sayur org tua je.. mcm kacang bendi.. kangkung.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagusnya anak-anak Kakmin! Selalu susah nak paksa budak-budak suka makan bendi dan kangkung. Saya kagum :)

      Padam
  3. selalu lobak sy goreng dgn nasi or msk dlm sayur goreng.... sebatang nk habiskan mmg payah��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat jadi rencah je kan... saya kadang-kadang lobak tu sampai berakar dalam peti sejuk. Itu yang nekad masak lobak as menu :)

      Padam
  4. Mudah mudah semuanya. Untuk saya pencinta suka dengan resepi sayur ringkas macam ni. Tq berkongsi idea dan resepi mudah :)

    BalasPadam
  5. Kak Farrah, entry yang ni tak mobile friemdly.maybe gambar besar sangat

    BalasPadam
  6. Telur dadar lobak merah tu nampak sangat menggoda.. Boleh jadi idea ini.. tq kak..

    BalasPadam
  7. Wah semua nampak best dan senang!!!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.