Isnin, Februari 22, 2021

Tutorial Kraf Kertas - Kad Ucapan Istimewa

Hari ini saya kongsi semula beberapa entri tutorial buat kad ucapan DIY. Jika ingin hasilkan DIY kad ucapan istimewa, bolehlah tengok jenis-jenis kad di bawah untuk dapatkan idea. Kebanyakannya tidak sukar, cuma kena teliti sedikit ketika hendak membuatnya. Selamat mencuba!


Impossible Card

Tiada apa yang mustahil tentang kad ini sebenarnya. Cuma cara kad ini dilipat kelihatan unik dan seolah-olah menggunakan beberapa keping kad. Hakikatnya, hanya sekeping kad yang diperlukan untuk menghasilkan kad ini. Teknik potongan dan lipatan yang menjadikan kad ini kelihatan sedemikian rupa. Lihat template kad  di sini.

Simple Explosion Card

Usah bimbang! Tiada apa yang meletup! Hahaha! Kadang-kadang saya terfikir juga, dramatik betul nama-nama kad ucapan buatan tangan ni, kan? Satu kat atas tu impossible, yang ini explosion. 😂



Apabila kad dibuka, kertas bahagian dalam macam buat explosion effect. Jika mahukan kesan yang lebih wow, bolehlah letakkan confetti di dalam kad ini. Lihat siri tutorial di bawah:


Google Inspired Cards

Inginkan kad ucapan yang bertema? Apa kata pilih tema Google seperti kad-kad di bawah. Penyediaannya pun mudah sebab kalian cuma perlu cetak template yang disediakan. Kemudian, potong dan tampal!



(i)
Tutorial di sini.

(ii)
 Tutorial di sini.

Kad terakhir ini dinamakan trifolder shutter card. Ada banyak panel jadi boleh letak banyak hiasan atau gambar-gambar si penerima. Perlu teliti sedikit dengan ukuran kad sewaktu hendak memotong dan melipat, tetapi hasilnya memang akan puas hati!


Trifolder Shutter Card

Moga tutorial-tutorial di atas dapat beri idea bagi yang berhajat untuk buat kad ucapan sendiri. Cuba hasilkan sesuatu yang berbeza dan di luar kebiasaan kalian untuk seseorang yang istimewa. Pasti si dia akan gembira menerima bekas tangan kalian.

Apabila ditengok-tengok balik, sudah lama saya tidak buat entri tutorial kraf kertas. Ini semua entri lam. Nantilah, ada kesempatan dan ruang masa saya kongsi cara buat kad yang lain pula.

Psst! Pening kepala hendak buat sampul surat untuk kad? Intai tutorial di sini.

23 ulasan:

  1. Ok bagus juga sertakan tutorial buat kad yang luarbiasa ini. Belum pernah lagi buat kad-kad yang dinyatakan.

    BalasPadam
  2. Special sangat kalau kad diy macam ni. Custom made

    BalasPadam
  3. Cantiknya! Nanti boleh rujuk sini kalau datang minat nak buat kad ucapan. Tq Farrah.

    BalasPadam
  4. i really wanna do it and have to do it ! tapi tak creative enough huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum cuba belum tahu, Atie. Jom buat! You can do it! 😊

      Padam
  5. Love it!
    Tapi tiada kerajinan utk membuatnya :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan risau. Mana tahu satu hari nanti datang kerajinannya 😊

      Padam
  6. Sekarang kad memang kena buat sendiri sebab di kedai tak banyak pilihan. Bukan macam dulu, kad life size pun ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul. Dulu macam2 design, macam2 saiz, wordings pun best2.

      Padam
  7. Ai suka art n craft ni. Nanti boleh lah try sebab comel.

    BalasPadam
  8. Kad ucapan kirimanmu
    Tiba di hari lahirku
    Saat aku gembira
    Kau utus khabar duka


    ehhh ternyanyi pulakkk ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sambung... saya sambung

      Ringkasnya kata-kata, tercatat di dalamnya
      Doamu aku tabah, hadapi hari muka
      Katamu engkau terpaksa memutuskan cinta kita
      Tiada engkau berikan
      Penjelasan... dan alasan

      Hahahah chorus terus!

      Padam
    2. kak shila amin... tgk ni... dia potong line!

      Padam
  9. Balasan
    1. Moga bermanfaat dan boleh jadi inspirasi heheheh

      Padam
    2. mcm aiskrim paddle pop warnanya yg atas tu

      Padam
  10. Yang last sekali tu nampak unik habis..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.