Khamis, April 15, 2021

A Perfect Day

Assalamualaikum. Bagaimanakah Ramadan kalian setakat ini? Moga semuanya baik-baik sahaja. 

Semalam semasa kelas online (saya masih tidak buat kelas bersemuka), salah seorang anak murid saya bertanya pada saya 'What is a perfect day?' Jelasnya, dia tonton salah satu animasi di TV dan watak di dalam cerita dengan ceria mengatakan 'It's a perfect day!' Lupa pula saya minta anak murid saya untuk gambarkan suasana atau babak bilamana si watak mengucapkan kata-kata tersebut.

Saya pun cuba menerangkan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan hari yang sempurna. Seringkas dan semudah yang boleh, dengan contoh sebanyak mungkin. Saya siap tekankan yang konsep 'perfect day' ini bergantung pada setiap individu. Apa yang sempurna bagi A, mungkin tidak bagi B. Ada yang perlukan sesuatu yang besar berlaku baru menganggap harinya sempurna. Ada juga yang sekadar menikmati perkara-perkara kecil dalam kehidupan, sudah boleh menyifatkan harinya berlalu sempurna.

 

Kebetulan ada gambar saya pegang hiasan jurnal 'perfect day' dalam galeri telefon. Rasanya, saya ambil gambar ni untuk sakat Cekengah 😄

Memandangkan masih ada baki masa untuk sesi bertanya soalan, saya ajak mereka berbincang. Setiap seorang kena fikir apa yang mereka anggap sebagai 'perfect day'? Macam-macamlah jawapan yang saya peroleh. Siap boleh tukar-tukar lagi! Ada yang kata hari yang sempurna ialah apabila boleh tidur/makan sepanjang hari ... tiada kerja rumah daripada cikgu di sekolah ... dapat main game tanpa kena bebel dengan emak ...  dapat makan KFC ... dapat makan McD .... Saya suka buat aktiviti perbincangan dengan anak-anak murid cilik saya. Respons mereka memang selalu buat saya terhibur!


Bagi saya, jika hari saya berlalu dengan baik, setakat ada hiccups here and there tanpa ada insiden yang boleh buat copot jantung ... itu sudah dikira hari yang sempurna.

Bagaimana pula dengan kalian? Apakah interpretasi 'a perfect day' buat kalian?


Selamat berbuka puasa!

17 ulasan:

  1. Ikut pemahaman sendiri, perfect day itu ialah sepanjang hari yang kita lalui tanpa kejutan negatif heheeeee.

    BalasPadam
  2. Perfect day adalah satu kelegaan. Kelegaan itu hadir apabila berjaya menunaikan solat 5 waktu sehari semalam, selebihnya tawakal kepada Allah SWT sama ada menerima atau sebaliknya ibadah kita.

    BalasPadam
  3. Hari sempurna bagi saya dapat buat apa dirancang. Rasa gembira.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila semua yang dirancang dapat dilaksanakan memang gembira sangat kan...

      Padam
  4. Perfect day saya bila hari saya berlalu dengan tenang, tak ada perkara yang buruk berlaku.

    BalasPadam
  5. perfect day, saya rasa macam hari yang menggembirakan dan takde benda yang menggelabah..haha..macam "tenang hidup aku harini" :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... kita tak ada elemen yang boleh buat kita gabra atau jantung copot 😂

      Padam
  6. 'perfect day' adalah bila things run smoothly dari bangun pagi sampai tidur. Tapi ia akan buat saya anxious dan tertanya-tanya bila benda buruk seterusnya akan jadi. That's life for someone with anxiety disorder. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha betul kan... Akak ni cepat nervous. Kaki gabra. Bila semua smooth tak ada hiccups, akak akan tertanya-tanya pula, kenapa semua ok ni? Macam ada yang tak kena je... what’s next? Dasar tak tahu bersyukur akak ni hahahahh

      Padam
  7. a perfect day kalau hari tu tak rasa sedih at all ... huhuhu

    BalasPadam
  8. Perfect day bagi ika bila semua yang ika plan nak buat pada hari itu berjalan dengan sangat smooth lagi-lagi bila tengok semua orang happy hehe

    BalasPadam
  9. Perfect day untuk saya bila hari tu berjalan dengan baik dari awal pagi hingga ke malam tanpa gangguan emosi.. :)

    BalasPadam
  10. a perfect day bagi sy adalah, bila mana sy dpt buat apa shj yg sy suka tanpa sebarang gangguan ;-)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.