Selasa, April 06, 2021

Air Coklat Rendah Kalori

Siapa di sini penggemar hot chocolate? Saya memang suka minum air coklat panas. Lagi mewah rasa coklat, lagi pekat teksturnya, lagilah saya suka. Sebelum ini, saya sudah kongsi beberapa resepi air susu coklat iaitu Air Coklat Panas | Air Koko Panas dan Air Koko Panas Bercili.

Hari ini saya ingin kongsi satu lagi resepi air coklat panas. Yang ini lebih istimewa sebab versi rendah kalori. Untuk yang sedang berdiet atau kawal pemakanan, bolehlah nikmati air coklat panas tanpa rasa bersalah.



Resepi Air Coklat Panas Rendah Kalori

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko. Saya biasa gunakan serbuk koko Van Houtten atau Hershey's.
  • 1/4 sudu teh serbuk kopi segera. Saya guna Nescafe. Penggunaan serbuk kopi segera ini bertujuan untuk serlahkan lagi rasa coklat.
  • 2/3 cawan susu rendah lemak
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • secubit garam
  • Pemanis tanpa kalori pilihan masing-masing

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Satukan serbuk koko, serbuk kopi segera, tepung jagung dan garam di dalam periuk kecil. Kacau hingga semua sekata.
  2. Kemudian, masukkan separuh daripada susu ke dalam periuk dan kacau perlahan-lahan untuk membentuk pes coklat cair yang tidak berketul. 
  3. Setelah itu, hidupkan api dapur dan masukkan baki susu. Terus kacau air supaya koko tidak mendap ke bahagian bawah periuk. Oleh sebab kita menggunakan tepung jagung, kita perlu tunggu sehingga air betul-betul mendidih untuk aktifkan fungsi tepung jagung sebagai agen pemekat. Jangan biarkan susu mendidih terlalu lama. Sekejap sahaja sekitar 20 - 30 saat.
  4. Setelah itu, tuangkan ke dalam cawan dan tambah pemanis sesuai selera. Saya guna satu sachet Lakanto.
  5. Nikmati dengan senyuman.

Resepi ini untuk satu hidangan cawan kecil. Cukuplah untuk satisfy craving kita. Tetapi, tidak salah jika ingin nikmati satu kole penuh air coklat panas yang pekat dan menyelerakan. Cuma perlu gandakan sahaja resepi di atas. 

Jumlah kalori untuk satu hidangan resepi ini sekitar 50 - 100 kalori bergantung kepada jenis dan kuantiti susu yang digunakan. Kalian boleh gunakan susu rendah lemak, susu skim, susu segar, susu oat atau susu badam ikut cita rasa masing-masing. Boleh juga kurangkan penggunaan susu dengan gantikan air. 1/3 cawan susu dan 1/3 cawan air. Usah khuatir. Hasilnya tetap enak!

Oh, ya! Pastikan kalian menggunakan serbuk koko asli  (unsweetened cocoa powder) atau Dutch processed cocoa powder kerana serbuk koko biasa lazimnya sudah ada campuran gula dan susu. Alah, kalau nak guna pun boleh, tapi lari sedikitlah anggaran kalorinya.

Untuk pemanis pula, gunakanlah pemanis pilihan masing-masing. Tidak semestinya guna Lakanto. Boleh guna Equal atau Stevia. Yang penting pemanisnya tiada kalori.

Secara peribadi, saya bukanlah jenis yang betul-betul particular pasal kalori ni. It's good to know berapa banyak kalori yang kita ambil, tetapi saya tidak sampai ke tahap mengira secara terperinci. Agak-agak je cukuplah. 

Selalunya jika saya workout sebelah malam, setelah habis workout saya akan buat air coklat panas ini dan tambahkan satu sudu mentega kacang ke dalamnya. Mentega kacang asli kegemaran saya buat masa ini ialah Natural Peanut Butter 4nutz. Baca mengenainya di sini.


Selamat mencuba!

14 ulasan:

  1. wah ade resepi, baru ni beli mocha sedapnye minum panas2...bile ade resepi ni bolehla buat sendiri,kot2 teringin nak minum ditengah malam buta, tq share resepi

    BalasPadam
  2. pasti abam kie tertarik dgn aroma coklat yg harum ni.

    BalasPadam
  3. Dah boleh bauuuuu coklat! Sedapnyaaaaaaaaaa.

    BalasPadam
  4. Bestnyaaa air coklat rendah kalori..huhu..sedapnyaaaaaa air coklat! :)

    BalasPadam
  5. Dulu minat juga minuman coklat seperti Milo, tapi sekarang dah kurang minat. Minuman coklat, jarang minum. Kopi saya minum.

    BalasPadam
  6. Ada guna tepung jagung rasa unik resipi.

    BalasPadam
  7. Wah.. Dah kerap workout sekarang. Caiyok!

    BalasPadam
  8. Susah nak cuba minuman coklat sedap. Guna serbuk coklat yang buat ke tu kak? Terima kasih share. Ada bahannya boleh cuba nanti.

    BalasPadam
  9. patut laa ada bau sedap smpi ke sini hehehe

    BalasPadam
  10. Wow.. ada yang rendah kalori.

    Kami mmg hantu air coklat.

    BalasPadam
  11. Nampak sedap :) nak kena cuba ni hee terimakasih share

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.