Isnin, Jun 28, 2021

Nasi Goreng Petai dan Mangga

Kadangkala apabila rasa macam malas atau tiada idea hendak masak apa untuk makan malam, saya akan buat nasi goreng. Mudah sebab tak perlu fikir banyak. Buka peti ais, tengok bahan apa yang ada untuk dijadikan ramuan nasi goreng.

Kali ini saya buat nasi goreng petai. Kebetulan masih ada stok petai di dalam peti dingin beku. Kami di rumah ni memang suka makan petai. Belum pun siap masak, masing-masing dah teruja hendak makan nasi goreng apabila memikirkan petai sebagai hidangan. 🤤


Resepi Nasi Goreng Petai 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • beberapa cawan nasi dingin
  • 1 biji bawang besar atau 2 - 3 biji bawang merah dihiris
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • segenggam kecil ikan bilis, ditumbuk kasar
  • beberapa tangkai cili api, ditumbuk bersama ikan bilis
  • petai (sesuai selera hendak guna banyak mana)
  • sedikit minyak masak untuk menumis
  • garam jika perlu 

*Bagi memudahkan proses memasak, bawang besar, bawang putih, cili api dan ikan bilis boleh juga dikisar dengan sedikit air lalu ditumis.


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili api. Setelah itu, masukkan petai dan biarkan masak seketika.
  2. Seterusnya, masukkan nasi. Goreng nasi dan gaul semua bahan sehingga sekata.
  3. Perasakan dengan garam jika perlu.
  4. Sedia untuk dihidangkan.


Lihat juga: Cara Buat Jeruk Petai

Selesai masak nasi goreng, terpandang pula bekas berisi hirisan buah mangga yang Bott hendak buat sambal mangga dan ikan. (Resepinya di sini.)

Nampak hirisan buah mangga tu terus kecur air liur dibuatnya. Rasa masam-masam mangga sesuai sangat andai dipadankan dengan nasi goreng petai. Jadi, saya pun ambillah sedikit buat jadi 'ulam' :)



28 ulasan:

  1. kalo mangga lemak2 masam mmg sedap buat ulam.. mkn ngn ns putih pon sedap! apatah lg kali ns goreng.. hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi satu kan, akak suka makan cecah ngan budu. Yummeh!

      Padam
  2. sy nak mangga je... boleh x?😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh…. Nak kulit mangga je pun, boleh 😄

      Padam
  3. Nasi goreng memang sedap. Bubuh saja apa bahan yang ada. Siap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kak. Tapi, Kak Amie punya hidangan nasi goreng semua extra sedappp! 👍🏼

      Padam
  4. Sedap ke makan petai.. hehe. Saya tak pandai makan petai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa kata cuba makan… Nanti bolehlah masukkan petai dalam sambal bilis produk tuan dan isteri 😊

      Padam
  5. Menu paling mudah kannn, buat je nasi goreng hahaha. Tak pening pening nak fikir masak apa. Wahhh mangga dijadikan 'ulam' ya dalam nasi goreng, tak pernah cuba lagii hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat. Pening kepala nak masak apa, kita nasi gorengkan aje. Haaa… lepas ni boleh cuba nasi goreng berulam mangga ye 😊

      Padam
  6. tk mkn petai tp kalo mangga tu tumbuk ngan ikan masin jadi sambal pauh sodap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhh dap tu! Terliur terus membayangkan sambal pauh 🤤

      Padam
  7. Sedapnya nasi goreng petai.. Nak kena buat juga nie esok.. hehehe.. Kesukaan Sha sekeluarga.. Ada pula mangga dijadikan ulam.. memanmg bestlah kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best, kan? Selamat memasak nasi goreng, Sha. Akak memang makan tak ingat dunia sikit hari tu hahahah

      Padam
  8. Nasi goreng paling senang kak. Bila xde nak masak apa.memang nasi goreng jaaa.tp nasi goreng akk menarik! Da lama carik petai xjmpa 😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul. Nasi goreng penyelamat kepala pusing hihihi Nadyya pun suka petai ya? Sekarang ni kat tempat akak pun dah susah nak jumpa petai…

      Padam
  9. Balasan
    1. Penggemar petai memang tak pandang kiri kanan dah 😂

      Padam
  10. Unik pula letak mangga muda.

    BalasPadam
  11. Wah tak pernah cuba ni. hehehe petai cam okay. kalau mangga ada sekali jadi apa hehehe. nak cuba la nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi persembahan kugiran dalam mulut hehehe
      Selamat mencuba!

      Padam
  12. uniknya..nasi goreng ni..selalu petai dgn ikan bilis..
    tq sharing resepi kak farrah..boleh cuba nnt :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Petai dengan ikan bilis je pun dah cukup awesome!

      Padam
  13. Menu rare ni kak Farrah. Nasi goreng ada rasa masam masam rangup gitu

    BalasPadam
  14. sy mkn sambil menguis biji petai mcm org mkn kueh teow goreng sambil kuis taugeh����

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.