Sabtu, Ogos 07, 2021

7 Nasihat Ali B Abi Thalib

Sekadar perkongsian buat renungan kita semua. Nasihat-nasihat di bawah ini, bukan sesuatu yang baharu. Kita sudah tahu. Kita sudah biasa. Namun, adakala kita kena ingatkan diri dari semasa ke semasa. Tambahan pula dengan situasi semasa, macam-macam benda yang bergolak, kiri-kanan orang bergaduh, sana-sini manusia saling tabur fitnah. 


Sumber imej - Pinterest (Pemilik asal tidak dapat dipastikan.)

  • Jangan membenci siapa pun, walau ada yang menyalahi hakmu.
Apabila umur dah lanjut ini, saya memang ajar diri untuk tidak membenci orang. Rasa-rasa ada orang yang buat saya, saya tidak suka ... saya ambil langkah untuk jauhkan diri. Emosi benci terhadap individu lain bukan sahaja tidak elok, tetapi perasaan benci yang bottled up dalam diri kita ni tidak baik untuk diri dan kesihatan kita. Benci itu satu perasaan negatif yang kuat, yang akan makan kita dari dalam. Nanti, orang yang kita benci itu tidak terkesan apa-apa, kita pula hancur dimamah perasaan sendiri.

  • Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun masalah memuncak.
Ini penting untuk jaga kestabilan mental kita. Seteruk mana pun masalah yang kita hadapi, jangan bersedih secara berlebihan. Keadaan tidak akan jadi bertambah baik. Bertambah buruk lagi adalah! Sebaiknya, cari jalan untuk bertenang. Insya-Allah, apabila fikiran dah tak kusut, kita akan mula nampak jalan keluar untuk permasalahan yang dihadapi.

  • Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.
This is self-explanatory. 😊

  • Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.
"Sudahlah, kalau macam ni aku tak mahu buat baik lagi!" 

"Masalah aku sendiri tak settle ... aku sendiri tunggang-langgang ... tak akan aku ada masa nak fikir untuk buat baik pada orang!"

Pernah dengar? Saya sendiri pernah tuturkan ayat-ayat begini dahulu. Heheheh otak tak cukup masak lagi masa tu.

Kunci utamanya di sini ialah terus berbuat baik. Terus sebarkan kebaikan. Tidak perlu tunggu kita senang, lapang atau betul-betul kaya baru hendak buat baik. Sama juga konsepnya dengan bersedekah. Jangan tunggu saat kita berduit baru pasang niat hendak sedekah. Sebaliknya, dalam keadaan kita sempit dan tidak hidup mewah itulah kita patut selalu bersedekah, berkongsi rezeki dengan orang lain. Insya-Allah, rezeki kita akan bertambah berkat. Allah akan ganjarkan dengan nikmat yang berlipat ganda.


  • Perbanyaklah memberi walaupun hatimu sedang menangis.
Again, this is self-explanatory. Lagi kita memberi, lagi Allah lapangkan dada kita. Luaskan rezeki kita.

  • Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.

Ajaran Islam sentiasa menekankan agar kita tidak mementingkan diri. Jadi, apabila kita berdoa, adalah lebih baik seandainya kita mendoakan orang lain juga.

Daripada Abu Darda’, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Doa seorang Muslim kepada saudara Muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara Muslimnya dengan doa yang baik dan berkatalah malaikat itu, amin! engkau juga beroleh manfaat yang sama.”

 (Riwayat Muslim)


Moga jadi renungan buat kita semua. Selamat berhujung minggu!



11 ulasan:

  1. Terima kasih atas nasihat dan peringatan :)
    Semoga bermanfaat buat semua yang membacanya.. Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat Aamiin

    BalasPadam
  2. Selamat berhujung minggu.
    Terima kasih atas perkongsian ini..

    BalasPadam
  3. No 2 pernah mengalami. So true, kesedihan melampau memang tak baik untuk kesihatan mental. Fizikal pun affected padahal saya antara manusia yang duduk dalam kategori imun sistem kuat tapi boleh demam sekali sebulan. No 1 tu je tak mampu buat. huhu

    BalasPadam
  4. Sama-samalah kita mempraktikkannya..

    BalasPadam
  5. Tq kak farrah utk peringatan! Happy weekend too!

    BalasPadam
  6. Ada doa secara rahsia untuk orang lain.

    BalasPadam
  7. Terima kasih kak farrah sebab remind kami. In Sha Allah akan ditanam dan semat dalam hati. Semua nasihat ni sangat bermakna dan sangat ikhlas dalam penyampaian

    BalasPadam
  8. Terima kasih untuk ingatan ni Kak Farrah. Supaya kita semua tak mudah lupa :)

    BalasPadam
  9. Nice sharing dan terima kasih atas peringat ni kak farrah :)

    BalasPadam
  10. no. 6 tu paling payah bagi saya...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.