Sabtu, September 18, 2021

Cara Mengatasi Masalah Bibir Kering

Pernah atau tidak alami masalah bibir kering? Saya rasa dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini, bibir kering (chapped lips) antara masalah yang akan biasa kita hadapi. Apa hendak buat kalau bibir mula kering dan mengelupas? Bolehkah bergantung kepada home remedy semata-mata atau kena beli produk khas? 

Jemput baca artikel baharu yang saya tulis di Thread by Zalora (diterbitkan pada 15 September 2021). Sebenarnya, dah lama tidak tulis artikel untuk Thread by Zalora. Asyik main tangguh-tangguh sahaja. 

Melalui artikel tersebut, saya ada kongsi beberapa tips yang boleh sama-sama kita praktikkan.

Klik sahaja pada gambar di bawah:


Selain daripada dapatkan balm bibir yang sesuai dan pastikan tubuh kita sentiasa berada dalam keadaan terhidrat, ada beberapa perkara yang kita perlu hindari. Haa … ada pantang-larang juga tau supaya keadaan bibir kering dan mengelupas tidak akan jadi bertambah teruk. 

Kebiasaannya, andai kalian alami masalah sebegini, apa kaedah rawatan atau pencegahan yang kalian amalkan? Ada petua tertentu tak?


Selamat membaca! Kalau sudi, jangan lupa tekan butang bentuk hati tu 😊


Pstt! Selamat menikmati hujung minggu! Maaf dua tiga hari ini tidak akan dapat kunjungi kalian. Ada deadline nak kena kejar.


12 ulasan:

  1. pernah dlu bibir kering teruk ms dlm pantang..
    dh buh mcm2 lipbalm xjalan..
    lps abs pantang bru ok.. mungkin sbb perubahan hormon..
    skrg ni minum air masak byk2.. dh xde mslh bibir kering.. hehe

    BalasPadam
  2. Dah serik bibir kering smpai darah2 bila kupas tu. Fuhh. skrg memang minum air banyak2 dan lipbalm sentaisa dkt bibir

    BalasPadam
  3. Bibir kering sakit dia lain macam, nak senyum pun takut, lagi la kalau memang kering sampai merekah nanti asyik berdarah je.

    BalasPadam
  4. saya bibir kering bila lepas pakai lipstik atau makan pedas. Minum la air sampai rasa kembung baru esok pagi bangun xkering. Aiguuu

    BalasPadam
  5. Setau saya antara pantangnya jalan jilat bibir dengan kerap sebab akan lagi kering. Saya apply lip balm jela tiap-tiap malam before tido. Dah lama tak baca tulisan akak di Zalora. Masih aktif ya

    BalasPadam
  6. Kalau bibir kering saya biasa banyakkan minum air saja

    BalasPadam
  7. kena rajin minum air juga ya..kurang minum air kulit kering..

    BalasPadam
  8. Bibir memang sellau kering sbb tidur kekadang pasang aircond.

    BalasPadam
  9. Dulu pernah jadi bibir kering, saya pakai balm bibir. Alhamdulillah sekarang tak ada masalah bibir kering lagi.

    BalasPadam
  10. pernah juga bibr lering teruk , sampai pedih , last sekali ccl sapu vaseline ,,siang malam sapu vaseline , minum air putih secukupnya , alhamdulillah kembali pulih

    BalasPadam
  11. dah pernah alami masalah bibir kering ni. aduhhh memang terseksa. tp syukurlah ada mask. so x segan laa sangat nk lindung bibir kering tu.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.