Khamis, September 02, 2021

Kakiage untuk Minum Petang

Kelmarin, selepas Bott balik beli barang dapur dan keperluan rumah, saya kemas peti sejuk. Korek baki bahan masak yang lama supaya boleh dimasak terlebih dahulu berbanding stok bahan baru beli. 

Ada lebihan kobis, lobak merah dan cili hijau. Kebetulan untuk minum petang tak terfikir hendak sediakan juadah apa lagi. Jadi, masak kakiage sahajalah.

Kakiage merupakan sejenis hidangan sayuran digoreng rangup lebih kurang seperti tempura. Untuk buat kakiage kita hanya perlu ada bawang besar dan beberapa sayuran yang dihiris memanjang seperti lobak merah, cili benggala, keledek dan kobis.

Kakiage untuk Minum Petang

Kakiage saya kali ini banyak cacat celanya. Dah hiris bawang, tetapi selepas digoreng baru sedar yang bawang masih di atas papan pemotong. Kemudian, sewaktu potong kobis, entah apa yang saya fikirkan ... tahu-tahu dah jadi potongan dadu. Okey, jom tengok resepi.


Resepi Kakiage Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 labu bawang besar
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/4 - 1/2 biji kobis, terpulang hendak banyak mana
  • beberapa tangkai cili hijau.

* Secara asasnya, ada 2-3 jenis sayur dah cukup dah. Jika ingin lebih sedap, boleh juga tambah hirisan cendawan atau jejari ketam.

  • 1/4 - 1/2 cawan tepung
  • beberapa sudu tepung ubi
  • 1 biji telur


** Penggunaan tepung agak-agak sahaja. Sekadar untuk salut bahan-bahan yang kita hiris seadanya. Tidak perlu banyak macam hendak buat bater cucur. 

Adunan kakiage sedia untuk digoreng.


*** Tak ada tepung ubi? Apa salahnya kita derhaka resepi. 😅 Boleh tukar kepada tepung beras atau tepung jagung. Hasil akhir sedikit berbeza mengikut jenis tepung yang digunakan.


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan  yang telah dihiris ke dalam sebuah mangkuk sederhana besar.
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung ubi dan telur yang telah dipukul sedikit.
  3. Gaul sekata semua bahan.
  4. Panaskan minyak. Api biar sederhana besar. Apabila minyak dah betul-betul panas, sudukan adunan ke dalam kuali.
  5. Goreng sehingga kakiage bertukar keperangan. Balik-balikkan agar gorengan sekata.
  6. Angkat. Tuskan minyak. Sedia untuk dihidangkan bersama sos pilihan. 


Kakiage biasanya dihidangkan dengan sos khas dipanggil tentsuyu. Tetapi, saya tidak buat pun. 😊 


Pstt! Masih dalam proses blogwalking sambil berperang dengan masalah kotak komen. Kalau komen tak muncul, insya-Allah saya datang round lain kali dan komen bertubi-tubi 😂



34 ulasan:

  1. macam lebih kurang cekodok campur tapi tak pernah guna tepung ubi tu.

    BalasPadam
  2. Baru nak tanya apa beza dengan cucur biasa, rupanya sebab ada tepung ubi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Yang ini pakai tepung ubi dan tepungnya cukup-cukup utk coating sayur-sayur je.

      Padam
  3. Kakiage tu bahasa apa? tak pernah dengar sebelum ini ada rupanya nama masakan kakiage (kesian ko Mrs. A hahaha) bila baca sampai habis simple aje cara buat eh! rasa macam nak buat la nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe bunyi pelik sedikit sebab Kakiage ni hidangan Jepun, Mrs. A. Lebih kurang macam tempura je. Senang cerita ala-ala cekodok kita campak-campak sayur tapi guna tepung ubi untuk dapatkan kulit luar yang garing. Selamat mencuba, Mrs. A 😊

      Padam
  4. Makan time panas dan garing menag sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes... krup krap krup krap tak sedar dah habis dua tiga ketul!

      Padam
  5. Sedap ni. Saya suka sayuran bergoreng macam tempura. Hehe..fikiran melayang entah kemana lah tu agaknya. Tak cukup bahan kita guna je tepung apa yang ada, asalkan lebih kurang gitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha entahlah isu apa yang akak fikirkan entah. Mode perasan YB.
      Betul, tak cukup bahan... kita guna apa yang ada. Janji boleh dimakan 😉

      Padam
  6. Nama glamour jemput jemput sayur lah ni si kakiage ni hahaha. Ini kalau saya makan, harus korek semua isi dalam, makan kulit aje :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, cik adik seorang ni tak mamam sayur eh? Nanti akak goreng tepung je utk awak 😂

      Padam
    2. Hanya ada beberapa sayur yang terpilih je saya makan >.< HAHAHAHA goreng tepung pun boleh kak farrah, janji garing :P

      Padam
  7. Menarik guna lebihan sayur-sayuran untuk buat ala tempura.

    BalasPadam
  8. Menarik bunyinya Kakiage. Rupanya resipinya begini. Tq for sharing Farrah.
    Masalah komen tak muncul ye Farrah. Kak Amie pun pernah komen berkali-kali di blog Farrah tapi tak keluar... tertanya-tanya juga masa tu, kenapa dan mengapa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. No problem, Kak Amie. Tapi kalau nak tengok kakiage sempurna kena googlelah gambarnya. Kakiage saya spesis derhaka heheheh

      Ya, kak. Sekarang memang masalah sedikit nak tinggal komen. Komen-komen saya main cak cak pula. Kejap ada kejap hilang!

      Padam
  9. Hahaha ni klu irg x makan sayur, mmg jenuh la nk abs kan

    BalasPadam
  10. Macam menarik la kakiage ni . Ccl ingatkan makanan korea . Heheh . Kakiage ni ala2 jemput2 sayuran

    BalasPadam
  11. first time dengar kakiage ni rupanya sayur buat goreng tepung. sedap juga resepi ni :)

    BalasPadam
  12. kt aeon part area sushi dan related ada la menu ni..pernh mkn juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kalau pergi food court Aeon memang target goreng-gorengan kat situ. Suka beli labu goreng!

      Padam
  13. kalau rangup2 mmg sedap ni kak farrah,lebih kurg mcm cucur yer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, Shida. Macam cucur cuma tepung kita kurangkan... cukup2 untuk salut sayuran je.

      Padam
  14. Macam cucur kan. kalau cucur bancuhan tepung salut bahan dan tebal . kalau kakiage ni sayur balur bancuhan tepung manjah2 gitu

    BalasPadam
  15. Aaah saya sukaaaa kakiage ini. Tiap kali ke restoran jepang, dan mereka ada jual ini, pasti saya pesan. Memang sedikit mirip dengan bakwan sayur kalo di sini sebutnya. Tapi ntah kenapa ada rasa beda di lidah saya. Mungkin Krn pakai tepung ubi itu ya kak.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.