Isnin, November 01, 2021

November yang Lebih Segala

Assalamualaikum. Dah November? Selamat 1121! Saya rasa berbanding tahun lepas, 2021 lebih pantas berlalu. Laju je hari bertukar minggu bertukar bulan. Kita pun dah lalui macam-macam P - PKP, PKPB, PKPD, PdPR … macam-macam fasa - Fasa 1, 2, 3, 4 … Alhamdulillah, semua baik-baik sahaja dan masih bertahan, kan? 😊


Best wishes for your November

Selamat menempuh November, bab 11 untuk cerita 2021. 

Bulan baharu, permulaan hari baharu dengan pola pemikiran yang baharu, fokus baharu, niat baharu, tekad baharu dan bersedia untuk nikmati hasil baharu! 


Mudah-mudahan, November ini akan bawa lebih banyak tawa dan ceria, lebih banyak rezeki, lebih banyak cinta kasih sayang dan lebih banyak hal-hal yang baik. Lebih segala-gala! Yang sedikit, biar cuma stres dan perkara negatif.


Seperti biasa, dua bulan terakhir ini jadual saya lapang sedikit. Itu yang over exited menanti kemunculan November. Harap dalam pada berlapang-lapang tu dapatlah saya manfaatkan masa sebaiknya. Bukan jadi couch potato depan TV atau menurun tabiat koala yang tidur sehingga 22 jam sehari. 😂


Sarapan Bersihkan Peti

Kalian bersarapan apa pagi tadi?  Dah merarau ke belum tu? Semalam hari saya bersihkan peti sejuk. Nak masuk stok barang baru, kita kasi clear barang-barang lama. Ada sedikit mentega kacang berbaki di dalam botol. Sayang pula. Jadi, saya tuang susu, masukkan biji chia untuk buat puding chia sebagai sarapan pagi ini.


Puding biji chia dengan mentega kacang, jem dan epal hijau.

Rupa memang tak semenggah. Alang-alang nak habiskan baki mentega kacang di dalam botol, tak adalah saya rajin nak buat cantik berlapis-lapis di dalam gelas. Yang penting, dari segi rasa memang yummy! Lihat olahan resepi puding chia di sini.


Okey, itu sahaja untuk kali ini. Selamat menikmati hari!



19 ulasan:

  1. Harap November lebih beri kegembiraan.
    Makan megi ayam sama hendak habiskan stok sebab luput November juga. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga November serba indah buat NA. Hehehe mari kita sama-sama habiskan food sebelum tarikh luput 😊

      Padam
  2. sedar2 dah masuk november, dah nak penghujung tahun pun..hehe

    BalasPadam
  3. dh nk ujung thn...bdk2 dh masuk sekolah kembali walaupun dh hujung2..moga yg baik2 belaka utk kita smua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Mudah-mudahan semua baik-baik belaka. Kasihan juga anak-anak patut dah fikir nak cuti hujung tahun kena kembali ke sekolah…

      Padam
  4. mmg kejap je ms berlalu.. sedar2 dh nk abs tahun 2021.. hehe

    sy puasa arini.. jdnya xbreakfast lg.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak ucapkan selamat berbuka puasa awal-awak kepada ezy 😊

      Padam
  5. november..my month. moga yg baik2 saj utk kita semua

    BalasPadam
  6. Samalah rasa 2021 tersangat cepat berlalu tahu-tahu dah 1 November.

    BalasPadam
  7. Mengharapkan yang baik baik saja di bulan November ni. Sedap juga campuran peanut butter, jem dan apple hijau dengan chia seeds. Guna apa yang ada, asalkan kena dengan selera gitu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amiin. Moga November akan jadi antara bulan terbaik buat kita tahun ni. Betul tu, Fiza. Guna apa ada je, janji sesuai selera 😊

      Padam
  8. Sekejap je dah november kan Kak Farah..

    BalasPadam
  9. Hujung-hujung tahun harapnya lebih menceriakan sebab dah tak terkurung. Bila langkah panjang, hati pun senang

    BalasPadam
  10. Ammi kalau Peanut butter dlm botol tu ada balance sikit lagi.. Ammi koyakkan roti masukkan dlm botol tu pastu guna fork dan kaut habis-habisan. Sayang sungguh kalau buang botol dan tgk ada lagi Peanut yg duduk berapa kat belah bawah

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.