Jumaat, Disember 24, 2021

Kegirangan ialah ... Kopi dan Brownut

 


Hapiness is ... by lastlemon


Coffee and cupcakes? Memang gabungan terbaik, kan? Saya tidak akan kata TIDAK pada secawan kopi dan sebiji dua kek cawan. Bayangkanlah kita santai-santai, duduk lepak dengan kawan untuk catching up session. Gosip gosip sikit. Hirup kopi panas yang berasap tipis sambil makan kek cawan yang manis berperisa. Indahnya!

Brownut dan kopi Vietnam

I always treasure my coffee moments. Kali ini tiada kek cawan tetapi deria rasa dimanjakan dengan brownut dan kopi Vietnam. 

Bagi yang kurang jelas apa itu brownut, sebenarnya brownut ini brownies dalam bentuk donat. Kacukan brownies dan donat, jadilah brownut. Sekarang kan memang trend orang gabung-gabung hidangan. Brownut  ... cronut (croissant + donat) ... Alahai, terus teringat salted egg cronut Dotty's Patries & Coffee yang enak banget tu! 



Brownut dan kopi Vietnam

Ada beza tak brownies dengan brownut? Bagi saya, tiada perbezaan sangat cuma dari segi rupa lebih fancy dan lebih comel bentuknya. Tetapi, jika kalian jenis suka makan bahagian tepi brownies yang garing berkerak tu, kalian memang akan enjoy makan brownut. Brownies kalau dapat potongan bahagian tengah, tak merasalah sisi sedap yang berkerak. Dengan brownut, seluruh lingkaran bulat tu garing dan flaky sebab dapat pembakaran yang sekata. 

Maaf, jangan tanya brownut cantik dan menyelerakan ini dari mana. Saya tolong kawan buat kerja. Merasalah dapat makanan sedap-sedap sebagai ganjaran sebab kawan saya bertanggapan kalau tak cukup makan, saya tak perform hahaha.

Kopi Vietnam tu pula saya bancuh sendiri. Kebetulan saya baru beli serbuk kopi baharu, ada baki cincau di dalam peti sejuk. Buatlah kopi cincau panas.

Kopi panas dan brownut. Satu lagi sebab untuk senyum lebar dan gembira hari ini.

Okey, jumpa lagi nanti. Semoga hari yang bakal kalian tempuh menyenangkan!



9 ulasan:

  1. Setuju!! Minum kopi sambil rileks2.. Pastu makan sesuatu yg manis.. Perghh nikmatnyaaa

    BalasPadam
  2. Wah pertama kali tau tentang Brownut dan Cronut hehe. Nanti nak cari lah.

    BalasPadam
  3. kopi Vietnam...enak sihh! layan..

    BalasPadam
  4. lebih happiness kalau dinikmati dengan orang tersayang

    BalasPadam
  5. Tak pernah jumpa lagi brownut tu..
    Sha pun akan jadi super duper happy kalau dapat kopi.. Tak kisahlah kopi sejuk atau panas emmang jadi hyper rasa nya.. hehehe

    BalasPadam
  6. Kalau saya pun tak akan menolak. Berganda ganda bahagia dapat secawan kopi pun. Menarik jugak kan brownut. Rasa brownies dahlah sedap, kreatif pulak buat bentuk donut.

    BalasPadam
  7. coffee...sedih pun leh jadi happy tau. even bau dia pun...emmm best nye

    BalasPadam
  8. Kopi kek & donut memang gabungan yang terbaik. Tapi kalau dapat perkena dengan biskut hupseng & biskut kepala lutut lagi syahdu tau.Ki3.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.