Isnin, Mei 09, 2022

Ada Apa dengan Armada dan Entri Popular

Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu! Bagi yang baru masuk kerja hari ini, selamat bekerja. Jangan lupa bawa sekali mood raya pergi kerja, biar meriah! 😁

Hari ini cerita sedikit tentang entri popular blog sepanjang minggu lepas. Saya sebenarnya jarang periksa statistik blog, entri ke keyword popular ke … blogging pun sekarang ni kejap tenggelam kejap timbul, tak ada maknanya nak beria periksa semua tu 😅. Tetapi, minggu lepas terpandang pula widget entri popular mingguan di side bar.


Entri Popular Minggu Lepas 😊

Apa Kabar Sayang - Armada? Terus jadi pelik sendiri. Kalau lagu raya Mamat dan entri cara repair dodol tu logiklah sebab sekarang tengah musim raya. Lagu Marsha pun make sense lagi. Ini entri mengenai kord gitar lagu Apa Kabar Sayang! Untuk pengetahuan kalian, lagu ini lagu lama. Sekitar lapan tahun lepas. Kenapa sekarang ramai yang cari kord lagu ini semula?

Rupa-rupanya, lagu Apa Kabar Sayang kembali dapat sambutan dan jadi siulan kerana tular di TikTok. Biasalah, lagu-lagu lama kalau dah jadi content TikTok, lain macam sedikit penangannya. Macam beberapa lagu lain sebelum ini - Denting (Melly Goeslow), Putri Iklan (ST12),  Keterlaluan (The Potters) dan Nirmala (Tok Ti). Lagu-lagu yang popular sedekad dua dahulu naik balik kerana dijadikan lagu latar untuk content dan pelbagai cabaran TikTok. 

Petang-petang raya minggu lepas, sempat jugalah melayan kerenah anak-anak remaja di kejiranan saya nak belajar petik gitar dan ukulele lagu-lagu senang. Seleksi lagu mereka semua lagu yang viral di TikTok. Termasuklah Apa Kabar Sayang. Saya siap cakap pada mereka, lagu-lagu korang pilih ni lagu lama tau … ni lagu sepuluh sebelas tahun lepas ni … Eh, aunty suka tengok cerita ni masa belajar dahulu … lepas tu auto rasa diri tua hahaha! 😂


Entri kord gitar Apa Kabar Sayang di sini.


Dah lagu tu popular semula, adalah permintaan untuk kord gitarnya pula. Itu jelah kisahnya. Dah tak pelik dah. 😁 

Nah, saya dedikasikan bahagian reff lagu ini buat kalian dengan ucapan “Apa kabar raya ni?” Tetapi, jika hendak dengar, cari sendiri lagunya di Youtube ya.


Telah lama kita tidak bertemu
Tak pernah kudengar berita tentangmu
Apa kabar kamu sayang, apa kabar kamu sayang

Aku ‘kan terus mendoakanmu
Walau tak kudengar berita tentangmu
Apa kabar kamu sayang, apa kabar kamu sayang di sana


Selamat menikmati hari! Moga hari kalian menyenangkan! 😊





6 ulasan:

  1. kalo lagu dh viral kat tiktok mmg laju org cari.. hihi..
    lagu lama blh jd famous balik..

    BalasPadam
  2. tiktok pun main peranan ye sekarang dalam search keyword hehe

    BalasPadam
  3. Tak pernah dengar pula lagu ini.. Tapi bagus juga tiktok ini bila popularkan lagu-lagu lama..

    BalasPadam
  4. to be honest, ada certain lagu moden saya tahu wujud pun bila dengar kat tiktok macam 'watermelon sugar' dan 'oh no'.

    BalasPadam
  5. nampak sangat org sekarang cenderung dgn TT

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.