Jumaat, Ogos 12, 2022

Bebola Keledek Viral yang Rangup dan Enak Dimakan

Assalamualaikum. 

Sebenarnya sudah beberapa hari asyik tergoda dan terliur tengok bebola keledek viral yang lalu lalang di Instagram dan TikTok. Tetapi, tidaklah tergerak hati untuk cuba masak. Pagi ini dalam tercari-cari apa yang hendak dibuat untuk sarapan, nampak pula beberapa keledek manis dalam bakul.

Apa lagi, teruslah kelentung-kelentang di dapur dengan harapan bebola keledek viral yang diimpikan berjaya jadi hidangan makan pagi.

Alhamdulillah, inilah bebola keledek viral saya. Panas-panas lagi dari kuali.

Bebola Keledek Viral

Resepi Bebola Keledek Manis

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat bebola keledek manis ini tidak banyak. Langkah-langkah penyediaan pun tidaklah serumit mana. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan!

Bahan-bahan:

  • 400g keledek oren
  • 140 gram tepung ubi kayu
  • 140 gram gula
  • 1 - 2 sudu besar air (digunakan hanya jika perlu untuk melembutkan adunan)
  • minyak masak secukupnya untuk menggoreng jeluk (deep fry)


*Selain keledek oren, resepi bebola keledek ini juga boleh diolah dengan menggunakan keledek ungu atau keledek Jepun.


** Jika diikutkan, sukatan gula yang digunakan sama dengan sukatan tepung ubi. Tetapi, terpulanglah pada selera kalian. Andai tidak mahu bebola keledek kalian terlalu manis, kurangkanlah penggunaan gula sesuai selera.

Lihat juga: Resepi Cucur Keledek Kembung


Cara Buat Keledek Viral Rangup

Pertama sekali, bersihkan keledek. Kupas kulit, potong kepada beberapa bahagian supaya lebih mudah empuk dan kukus.

Keledek saya sedia untuk dikukus.

Setelah keledek empuk, lenyek keledek. Kemudian, masukkan tepung ubi kayu dan gula. Gaul sekata dan uli sehingga menjadi doh seperti di bawah ini. Saya tidak guna kesemua tepung ubi sekali gus. Masukkan secara berperingkat dan uli sampai dapat adunan yang tidak melekat di tangan.

Sekiranya doh agak berderai disebabkan terlebih tepung, masukkan satu ke dua sudu besar air. Jika doh lembik, tambahkan sedikit tepung.

Pucat pula doh saya dalam ni. Sebenarnya warnanya lebih oren :)


Setelah itu, gentel-gentel doh sehingga menjadi bebola kecil. Bulat-bulatkan asal jadi bebola sudah. Tidak perlu teliti sangat kerana semasa proses menggoreng nanti bebola keledek kita akan mengembang bulat dengan jayanya.

♫ Bulat kecil ... bulat kecil ... bebola keledek! 🎝🎜


Selesai proses buat bebola, panaskan minyak masak. Guna api sederhana. Minyak memang kena banyak supaya bebola boleh tenggelam. Kita nak deep fry, kan?

Setelah minyak panas, masukkan bebola dan goreng sehingga agak-agak separuh masak. Proses selepas ini yang penting. Jangan lupa buat! 

Apabila bebola keledek kita sudah separuh masak, gunakan sudip untuk tekan bebola di dalam kuali. Proses ini bertujuan untuk mendapatkan bebola yang ringan, rangup dan berlohong di dalamnya. Jika kita balik-balikkan seperti gorengan biasa, tidak dapat lubang kuih. Nanti tepung dalamnya jadi gooey.

Tekan-tekan seolah-olah kita hendak penyekkan bebola yang sedang digoreng. Jangan bimbang bebola tu jadi pipih ke ... kemik ke .... Bebola akan menjadi lebih ringan dan cantik terbentuk kembungnya. Terus tekan dan tekan lagi sambil menggoreng sehingga kulit luarnya mengeras.

Angkat bebola yang sudah masak cantik. Tuskan minyak. Biarkan sejuk seketika sebelum dihidang.

Maaf, gembira sangat bebola keledek viral saya menjadi sampai lupa untuk ambil gambar bahagian dalam bebola yang berlohong tu. Kalian dapat bayangkan bagaimana, kan?


Nikmatilah dengan senyuman. 😊


Bebola Keledek Viral Guna Air Fryer

Bolehkah bebola keledek ini dimasak menggunakan air fryer? Jadi tak lohong di bahagian dalam bebola? Saya betul-betul terlupa. Hasrat asal hendak cuba goreng sebahagian daripada bebola keledek ini menggunakan air fryer. Tetapi, disebabkan teruja tengok hasil gorengan cantik bulat-bulat guna kuali, tahu-tahu habis semua bebola saya goreng sekali.

Insya-Allah, ada kesempatan lain saya cuba bereksperimen masak bebola keledek viral guna air fryer. Kalau ada antara kalian yang sudah cuba resepi bebola keledek viral ini pakai air fryer, jangan lupa kongsi di sini! 

19 ulasan:

  1. semua tu makan habis ke frozen kan sedikit? kalau habis memang betul kenyang tu sebab nampak macam banyak. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sempat frozen kan... kongsi-kongsi dengan jiran. Tapi, kalau ikut perasaan tak ingat dunia memang boleh habis sekali gus agaknya sebab makan ni ralit.

      Padam
  2. Cantik hasilnya, boleh buat jual ni Farrah 🤩

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kalau berniaga bebola ni mungkin setengah hari je, PH. Penat jari menggentel doh, penat lengan nak tekan-tekan masa menggoreng hahaah

      Padam
  3. Cantik kejadian bebola keledek tu . Sama je bulat . Mesti rangut diluar kan ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah CCL. Rangup di luar, kosong berlubang di dalam.

      Padam
  4. Balasan
    1. Alhamdulillah, wak. Rezeki untuk hari tu. Cantik kejadian, rasa pun sedap.

      Padam
  5. Argh.. Mengancam sangat bebola nya.. Meh sikit kak.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ampun, Sha. Dah selamat terkorban semuanya. Ada rezeki kita santap bebola ni sama-sama ya, insya-Allah :)

      Padam
  6. Balasan
    1. Proses tekan-tekan masa menggoreng tu kunci cantik kejadiannya hehehe

      Padam
  7. Cantik bulat bulatnya
    masa g Ch Ada jual tp x sempat beli. Memangg sedapp bebola keledek. Ala alaa cam keria kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Cik Nur. Macam keria, macam cek mek molek tetapi bahagian luarnya yang rangup tu yang paling win :)

      Padam
  8. sedapp bebola keledek rangup tuuh.. 👍👍

    BalasPadam
  9. cantik kejadian nyaa. rasa pun mesti sedap ni

    BalasPadam
  10. nampak kat ig aritu..eee etrus terliur kite..nak buat tak reti hehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.