Jumaat, Oktober 14, 2022

Mainan Baharu Sudah Sampai

Assalamualaikum. Salam Penghulu Hari. Moga kalian semua baik-baik sahaja.

Hari ini bersiaran dari bilik kraf. Lebih kurang dua minggu lepas, saya ada beli kelengkapan kraf dan journal di Lazada. Asalnya, saya mencari tawaran menarik untuk beberapa barang yang habis di rumah ini. Terserempak pula dengan kedai yang menjual seleksi clear stamps cantik-cantik.

Biasanya kalau saya beli clear stamps dari China, harganya antara RM3 - RM7 (bergantung kepada saiz dan rekaan). Tetapi, kali ini harga untuk satu set clear stamps cuma sekitar RM2.80 - RM3.50 sahaja. Banyak rekaan menarik pula tu. 

Dengan gembiranya saya tekan 'Add To Cart' walaupun sebenarnya bajet untuk beli peralatan kraf sudah habis saya gunakan. 😂 Tekan lagi dan lagi ... dan lagi. Sewaktu hendak lengkapkan pembelian, jumlah harga yang dibayar semakin berkurang kerana setiap satu set clear stamps ada potongan harga melalui coins. Bertambah-tambah gembira saya dibuatnya.

Memandangkan produk yang saya beli ini dari China, maka ambil sedikit masa untuk sampai.


Akhirnya…

Pembelian saya 😊

Sepuluh item semuanya. 1 stensil (yang paling besar tu) dan 9 set clear stamps.

Set clear stamps di bawah sesuai untuk hias planner dan jurnal. Ada dua pek yang saya beli khusus untuk junk journal saya.

Clear stamps for journaling.

Pek-pek ini pula untuk card making.

Stamps sesuai untuk buat kad ucapan.


Kebanyakannya memang untuk kegunaaan saya. Ada sepek dua yang ingin saya beri sebagai hadiah kepada kawan crafters.

Jika dihitung, setelah tolak coins dan diskaun dari kedai, harga setiap item di atas jatuh sekitar RM2.50 satu. Kos penghantaran percuma pula tu. Berbaloi, kan?


14 ulasan:

  1. comel2 semuanya..mana la x geram kan..

    BalasPadam
  2. akak tgn berseni memang menjadi buat craft project hehe. berbaloi baloiii dpt claim coint & free shipping mcm tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak adalah berseni mana. Buat suka-suka je. Dapat barang murah begini kurang sikit rasa bersalah belanja utk barang kraf hahahah 😂

      Padam
  3. Orang yang mempunyai nilai seni dalam diri dan kreatif saja biasanya membeli benda² sebegini. Keep it up

    BalasPadam
  4. Pergh!! Memang berbaloi gila.. Kalau Sha pun jadi rambant mata kak.. Cantik-cantik..

    BalasPadam
  5. Berbaloi juga shopping di Lazada. Takpelah modal keluar sikit. Hasil jual jraf nanti boleh cover balik

    BalasPadam
  6. comelnya! mmg berbaloi beli kalo hrga murah..

    BalasPadam
  7. wah bestnya akk...Cuya tk biasa dgn stamp2 ni...kalau Cuya dah tahu arts lain ni, habis semua benda Cuya borong...kikiki

    BalasPadam
  8. *tu lah blog buat hal pulak.. baru je nak dtg mood rajin.. tapi mcm ada perubahan dah kot.. mudahanlah makin sihat blog Ana tu ehehe

    BalasPadam
  9. Geram kadang tengok harga barang kraft dari China. Banyak pilihan dan harga murah murah. Tapi tulah malas nak tunggu lama. Lepas tu sayang nak guna.

    BalasPadam
  10. kalau tak comel mmg tak sah tu Yuri... eh salah... farrah... haha

    BalasPadam
  11. Memang pembelian yang sangat berbaloi. Bijak sungguh Farrah membuat kira-kira!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.