Cendawan Enoki Goreng Rangup

Isnin, Oktober 07, 2024

Cendawan Enoki Goreng | Tengah duduk-duduk, tiba-tiba rasa teringin pula hendak makan cendawan tiram goreng. Dahulu, saya suka sangat beli cendawan tiram goreng di pasar malam. Setiap kali ke pasar malam, mesti akan beli dua tiga cup. Masa tu cendawan goreng ni kira tengah in. Aishhh… lama benar tak makan!

Intai di dalam peti sejuk, tiada cendawan tiram. Hanya ada cendawan enoki. Bolehlah. Enoki pun sedap juga, kan? Jadi, saya goreng cendawan enoki untuk minum petang.

Sedia untuk digoreng jeluk 😊

Tepung saduran untuk cendawan saya guna Tepung Ayam Goreng Rangup Serbaguna  Bon Chef, yang Original. Not bad! Sebelum ini, saya pernah guna yang Hot & Spicy (boleh baca mengenainya di sini). Kira kedua-duanya, baik Original mahupun Hot & Spicy sedap! Rangup hasil gorengan.

Inilah cendawan enoki goreng saya!

Cicah dengan sos B.B.Q.

Alhamdulillah. Gendang gendut tali kecapi, dapat cendawan enoki goreng senang hati. 😊

13 ulasan

  1. Sedap sangat ni diratah-ratah!

    BalasPadam
  2. cendawan ni mmg sedap digoreng... mkn panas2 fuhhh

    BalasPadam
  3. Sedap cendawan enoki. Cie selalu guna tepung bestari.

    BalasPadam
  4. Cendawan Enoki Goreng Rangup ni saya belum pernah cuba lagi. Nampak sedap sangat, mesti rangup kan?

    BalasPadam
  5. Dulu asisten saya sering buat, utk cemilan di rumah. Memang sedap 😄👍. Kalo dah makan ini kadang tak sadar dah habis banyak

    BalasPadam
  6. Dua dua versi cendawan saya suka. Sedap! Buat minum petang makan rangup rangup tu sedap betul. Tepung ni saya perasan ada jual di TT tapi belum pernah cuba lagi.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.