Pada asalnya, saya rancang mahu buat kuih getas sebagai pencuci mulut untuk berbuka. Tetapi, apabila buka peti ais, nampak tauhu… terus terbayang Tauhu Pop. Bulan-bulan puasa ni, aktif betul otak menghantar input tentang makanan. 🤣
Tauhu goreng yang teksturnya rangup krup krap krup krap di luar, lembut di dalam. Dinikmati pula dengan kuah sambal kicap yang pekat dan pedas. Fuhhh, terangkat! Yummehh!
Okey, kita lupakan kuih getas buat sementara waktu. Itu masuk menu untuk esok atau lusalah. 😊
Tauhu Pop siap! Jom intai resepi!
Tauhu Pop untuk berbuka puasa. 😊 |
Resepi Mudah Tauhu Pop
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 5 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung jagung atau tepung ubi kayu
- secubit garam
- 1/2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
- Air (lebih kurang satu cawan)
- 1 kiub pati ayam dilarutkan dengan sedikit air panas supaya menjadi cecair)
- Sedikit serbuk lada hitam atau lada putih sesuai selera.
- 4 - 6 ketul tauhu, dipotong kepada 4 bahagian
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
- Beberapa tangkai cili padi untuk dihidangkan bersama tauhu.
Langkah-langkah penyediaan:
- Bancuh dan adun sebati semua bahan bater gorengan sehingga menjadi adunan bater yang cair.
- Setelah itu, masukkan ketulan tauhu yang telah dipotong. Perlahan-lahan, gaul balikkan tauhu sehingga bater menyalut nipis bahagian luar tauhu.
- Panaskan minyak, goreng tauhu sehingga warnanya mula bertukar kekuningan.
- Kemudian, tuang sedikit baki adunan bater ke dalam kuali. Kacau-kacau tauhu supaya bater yang dituang tadi melekat pada tauhu membentuk lapisan kriuk-kriuk yang rangup.
- Ulang langkah yang sama buat kali kedua dan ketiga. Jangan lupa untuk terus kaup balikkan tauhu yang sedang digoreng.
- Sesudah tauhu garing, angkat dan tuskan minyak. Sedia untuk dihidangkan.
rajennya buat kuah pecal kering tu..linda selalunya beli je..hihihi
BalasPadambuah sendiri puas makan
BalasPadamwaaahh sedapnyaaa tauhu pop!
BalasPadamLangsung teringin. Dan kebetulan tahu saya masih ada. Hrs cepat dimasak sebelum rasanya berubah. Nampaknya nak buat ini juga lah 😉😄
BalasPadam