Bak Chang Halal | Ada siapa-siapa yang suka makan bak chang? Kita satu geng. Bak Chang ialah sejenis makanan tradisi kaum Cina yang diperbuat daripada beras pulut dan mempunyai inti. Ala-ala ketupat. Kalau kita ada ketupat nasi, ketupat palas yang masing-masing dibalut dengan daun kelapa dan daun palas, bak chang dibalut menggunakan daun buluh.
Bak Chang berintikan daging, kekacang, cendawan shitake dan kuning telur masin yang dimasak dengan rempah beraroma. Dahulu, sukar hendak dapatkan bak chang halal kerana faham-faham sajalah daging apa yang digunakan. Andai teringin, kena cari di kedai atau restoran Cina Muslim baru jumpa. Sekarang, sudah ada banyak bak chang versi halal. Guna daging lembu atau ayam.
Ini salah satu bak chang halal kegemaran saya - Bak Chang Mama Chah Kitchen. Tidak perlu susah-susah cari. Kita beli secara online sahaja.
 |
| Produk Mama Cah Kitchen |
Bak Chang saya ini Cekengah belanja. Dia tengok saya
excited cerita tentang bak chang halal Mama Cah yang sedang tular di platform TikTok, terus dia belikan tiga ketul untuk saya. Cekengah kurang gemar makanan sebegini. Lauk-pauk Padang dia sukalah.
 |
| Bak Chang Mama Cah |
Pembungkusan memang tiptop. Pembungkusan vakum. Jadi, dapatlah makanan ni bertahan lama sedikit dalam tempoh penghantaran. Sebaik sahaja sampai, boleh simpan terus di dalam peti dingin beku supaya tahan lebih lama. Apabila hendak makan, cuma perlu kukus sahaja. Hendak panaskan guna ketuhar gelombang mikro pun boleh.
Bak Chang di bawah ini sudah lari dari bentuk asal. Saya tekan-tekan sedikit pulutnya untuk tunjuk inti. Ada isi ayam, buah berangan, sedikit kekacang, cendawan shitake dan kuning telur masin. Warna pulut sedemikian kerana pulutnya dimasak dengan kicap.
 |
| Mewah isi bak chang. |
Sedap Tak Bak Chang Mama Cah?
Sejujurnya, ini antara bak chang sedap dan autentik yang pernah saya makan. Bau pulut yang baru dikukus harum semerbak memancing selera. Inti padat, saiz satu hidangan besar.
Dari segi rasa, ada kombinasi manis, masin dan lemak-lemak. Semua cukup! Bayangkanlah kicap, rempah dan herba yang digunakan tergaul sebati antara pulut dan bahan-bahan inti - kuning telur masin, buah berangan, isi ayam, kacang ketupat dan cendawan shitake. Setiap suapan tu memang puaslah makan.
Mungkin bagi sesetengah orang, bak chang Mama Cah agak berempah. Ada bak chang yang rasa herbanya mild sahaja. Tetapi, saya lebih suka bak chang macam ni. Sedap! Rich in flavour.
Kalau ada yang berminat hendak cuba Bak Chang Mama Cah, boleh intai-intai
di sini. Saya dah masuk
cart, nak beli lagi ni. 😊
Teringin nak makan yg ni...x jumpa yang halal..
BalasPadamBaru tahu pasal bak chang… ingatkan tadi nama kuih moden 😂 Rupanya makanan tradisi Cina, siap ada daun balut segi tiga! Nampak macam pulut berinti, tapi gaya dia lain macam. Terus CCL rasa curious nak cuba .. Makanan macam ni buat kita rasa lagi dekat dengan budaya orang lain. Sedap ke tak, tu nanti kita try dulu!"
BalasPadamOwhhh tak pernah lagi rasa makanan ni
BalasPadamTak pernah try dan first tahu tentang Bak Chang nie
BalasPadammenarik ni.. boleh rasa. saya selalu makan yg dalam mangkuk kukus tu. tak ingat la nama dia apa..
BalasPadamTak pernah makan.
BalasPadamammi tak pernah cuba tapi selalu nampak cikgu sekolah ammi (dia chinese) buatkan bak chang versi halal untuk anaknya yang dah jadi muslim sekarang ni.
BalasPadamPernah tahu je sebab pernah lalu FYP Bak Chang Mama Cah Kitchen ni. Tapi tak pernah makan lagi. Nampak sedap ada banyak pilihan menu dia. Ramai yang review sedap. Bergaul mesra bermacam rasa dalam satu bungkus bak chang ye. Menarik tu, boleh cuba nanti kalau teringin nak rasa.
BalasPadamKita Genk kaaak 😄😄😄. Saya sukaaaa sangat bakcang . Untungnya skr ini sudah banyak yg jual halal. Paling sukaa kalo isian bakcang nya ada cabe rawit atau Cili padi di dalam. Beuuugh kalo kegigit, mantaap pedasnya 😄😄.
BalasPadamKemarin juga ada yg isi lemak bakar. Itupun sedaap. Tp tak berani banyak2 😅
selalu nampak kat TT. nanti ada rezeki nak try juga laa
BalasPadamx pernah rasa lagi sbb x jumpa yg halal punya..menarik nampak tu
BalasPadamsaya first time dengar nama makanan ni! igtkan benda ni pulut2, inti dalamnya manis2. rupanya ada isi ayam, cendawan gitu ye. menarik ni!
BalasPadamTak pernah mkn lg.. menarik
BalasPadam