Tutorial Kraf Kertas: Cara Buat Trifold Shutter Card (Part 1 - Base)
Rabu, Disember 03, 2014
Saya nak tunaikan janji. Hari ini saya akan tunjukkan cara untuk buat Trifold Shutter Card (seperti dalam entri ini). Untuk Part 1, kita perlu buat card base dahulu ye.
Contoh Trifold Shutter Card |
Sebelum tu, nak melancarkan kerja, mari kita tengok material dan peralatan yang diperlukan untuk hasilkan card base.
- Kad/kertas keras berukuran 30cm x 14 cm. Kalau kertas tak cukup panjang, boleh tambah di bahagian hujung. Pastikan 30cm. Baru boleh jadi dengan sempurna.
- Scorer (Boleh baca mengenainya di sini)
- Cutter/Pisau Pemotong
- Glue tape/Double-sided tape/Glue stick. Saya tidak galakkan penggunaan gam biasa jenis air tu sebab nanti projek kita basah dan comot.
- Pembaris panjang
Dah ada semua?