Tutorial Kraf Kertas: Kad Mini Menggunakan Lebihan Kertas

Jumaat, Disember 05, 2014

Hari ini saya nak tunjukkan cara buat kad mini dengan mudah. Ya, hanya menggunakan lebihan kertas skrap/kertas warna yang kita ada. Lihat gambar di bawah. Semua tu, baki kertas-kertas projek kraf saya. Walaupun tinggal sedikit, keratan-keratan kertas tu saya tak buang terus. Saya simpan dalam satu bekas khas supaya tak berselerak.

Lebihan kertas warna/skrap
Menggunakan lebihan/cebisan kertas-kertas ini, kita boleh hasilkan kad mini. Kad kecil comel untuk beri pada seseorang atau sebagai tag untuk hadiah. Jom tengok!

...dan sabar itu lebih cantik!

Assalamu'alaikum. Salam Jumaat!
Selamat menyudahkan tugas-tugas kalian dengan tenang dan sabar :)
Esok dah hujung minggu! (Bagi yang dah mulakan hujung minggu hari ni selamat beristirehat ye...)


Something to contemplate for today,...

Surah Yusuf, Ayat 18



Terjemahan:
Dan (Bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongNya, mengenai apa yang kamu katakan itu."




Jeng jeng jeng! Jom Cuba Nasib...

Khamis, Disember 04, 2014

Apa ni? Haa,..tengok betul-betul gambar di bawah. Scrutinize apa yang patut. Fikir-fikir apa yang perlu. Kenapa? Sebabnya,..Insya Allah esok saya nak buat 'Jom Cuba Nasib'. Dah lama gak tak buat, kan?!

Hidangan Misteri ;)

Jom Cuba Nasib nanti akan ada kena mengena dengan hidangan ini. Ala-ala kasi sneak peek dulu. Jangan risau, tak perlu karang ayat jiwang, tak perlu jawab teka-teki. Bersedia? On your mark, get set...tungguuuuuuu!

Sementara tu, intai-intailah Jom Cuba Nasib yang terdahulu ;)




Kaulah seluruh cinta bagiku,...

...yang slalu menentramkan perasaanku
...dirimu kan slalu ada
...di sisiku selamanya


Siapa minat Tok Ti? Siapa yang ngefans bangat sama Cakra Khan? Ayuh, merapat! Hehehe tukar slang balik. OK. Kalau sebelum ni, kita dah mellow-jiwang dengan lagu Afgan (klik di sini ye), saya nak belanja satu lagi lagu best!

Seluruh Cinta, lagu duet terbaru Dato' Siti Nurhaliza dan Cakra Khan sangat meruntun perasaan! Lagu ciptaan Krishna Balagita ini sesuai untuk orang putus cinta. Orang yang tak bercinta atau tengah syok bercinta pun boleh je enjoy dengar. Bagi saya, melodi 'Seluruh Cinta' best, liriknya pun ada ummmphhhh! Especially bahagian korus. 

Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menentramkan perasaanku
Dirimu kan selalu ada
Di sisiku selamanya

Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memuja mu

Hingga nanti kitakan bersama


Apa yang buatkan lagu ni lebih menarik ialah gabungan suara mereka berdua. Bayangkan, suara Dato' Siti yang lemak merdu dengan suara husky Cakra Khan,.. memang menjadilah! Tak jemu dengar! Lagu ni juga jadi OST Suamiku Encik Perfect 10 :)


Credit

Oh, bagi yang nak cuba dengar, sila klik Seluruh Cinta - Dato' Siti Nurhaliza feat. Cakra Khan
Credit to MyMusic Records.

Psst! Pasang lagu ni on repeat mode ;)