OBSES la pulak!

Ahad, Ogos 09, 2015

Mula-mula 'Mewangi'. Lepas tu 'Potret'. Kali ni 'Obses' pulak! Tahu tak saya cakap tentang apa? Siapa lagi kalau bukan Akim & The Magistret.

Pagi ni, buka inbox bertubi-tubi e-mel dengan 'kata kunci' OBSES. Puas akak korang ni gosok-gosok mata dok fikir apa yang obses sangat tu? Rupa-rupanya adik-adik gehtar hantar request minta chord mudah lagu Obses nyanyian Akim & The Magistret.

Amboi, dahsyat sungguh penangan Akin dan barisan magistretnya! Single baru keluar, dah terus sizzling hot. Rasa-rasanya lagu ni akan berhantu macam dua lagu sebelumnya tak?

Chords belum keluar oven lagi. Bagi yang hantar requests tu, bersabar ye. Akak ada komitmen lain yang perlu dilunaskan terlebih dahulu. Kita layan lirik dulu. Nak dengar? Cari di youtube ye.

Ada Apa dengan Cik Mimie & Ngaku?

Sabtu, Ogos 08, 2015

Selamat Hari Sabtu! Macam biasa, sambil update blog, intai-intai search keywords dan entri yang konon-konon dapat sambutan. Selalunya hujung minggu memang entri guitar chords lah yang popular. Tetapi, dua tiga menjak ni saya perasan mesti ada terselit dua entri di bawah:



Get Organized - Cara Kemas Hiasan (Embellishments) Kraf

Jumaat, Ogos 07, 2015

Salam Jumaat!
Bersiaran sekejap sebelum keluar melangsaikan urusan.

Baru-baru ini, ada seorang adik comel dan sweet e-mel saya, bertanyakan bagaimana saya simpan barang-barang dan material kraf (especially yang kecil) yang saya ada. Bagaimana nak pastikan barang-barang tu sentiasa accessible dan boleh kita maksimakan penggunaannnya.

Hari ini, kita sentuh tentang organizing crafts embellishments. Saya nak tunjuk cara mudah untuk memastikan hiasan-hiasan kraf (crafts embellishments) kita kemas, tersusun dan well-organized. Perkara ni penting sebab kita boleh tahu apa yang kita ada dalam stok untuk dipadankan dengan projek kraf yang kita buat.

Belajar Dekat Hogwarts

Khamis, Ogos 06, 2015

Assalamu'alaikum. 
Hari ini, seharian saya tak akan berada di tower. Pergi belajar dekat Hogwarts. Hihihi propa je. Ada tuntutan kerja di luar. Tetapi, sebelum saya menyepi sekejap, nak kongsi ole-ole London yang saya dapat lepas raya baru-baru ni.

Minggu pertama Syawal, Uje (my brother) dan Dhila (my sister in law) ke London sebab Dhila graduate master. Habis belajarnya tahun lepas lagi tetapi majlis konvokesyen lambat. Alang-alang ke sana, diorang pergi studio Harry Potter. Dulu time belajar tak sempat sampai. Apa lagi,.. dengar je Harry Potter, saya bagi senyum meleret paling manis nampak gigi. Senyum ada makna hihihihi senyum minta ole-ole :)


... dan inilah ole-ole London saya. Itu yang perasan jadi Harry Potter nak belajar kat Hogwarts.