Kiriman Bermakna daripada Sis Sheila Adziz
Isnin, Februari 15, 2016
Assalamu'alaikum,
Ini merupakan entri penghargaan khusus buat Sis Sheila Adziz. Sebenarnya saya terima kiriman daripada Sis Sheila dah beberapa minggu dah. Unfortunately, setiap kali nak buat entri terima kasih, setiap kali itulah ada urusan yang magically appeared depan mata. Tangguh. Hari seterusnya, elok je nak mula menaip, tiba-tiba rasa mengantuk datang bertimpa-timpa! Keyboard pun nampak berbalam-balam. Tunda. Bila nak siapnya? Ni baru gigih nak menaip. Siap pesan kat diri sendiri, selagi tak siap entri ni tak boleh ngelat nak publish entri lain. Yelah, orang berbudi, kita berbahasa kan,...tak bolehlah asyik pandai 'menerima' je :)
Saya terima kiriman bermakna ini kerana saya merupakan salah seorang pengomen terbanyak di blog Sheila Inspire. Dapat sebuah buku Energi Asmaul Husna dalam Pekerjaan oleh Dr. Wan Maseri Binti Wan Mohd dan Ustaz Abd Latiff Bin Abdul Haliff, beberapa salinan Asmaul Husna dan beberapa salinan Amalan-amalan untuk Menjadi Seorang Pelajar Cemerlang. Gembiranya hati Allah sahaja yang tahu. Hadiah ini, bukan sahaja saya dan keluarga dapat manfaatkan, malah ada bahagian untuk anak-anak murid saya juga.