Kad Birthday Tema Hitam Putih
Jumaat, Oktober 09, 2020
Assalamu’alaikum. Hai! Selamat Hari Jumaat! Hari ini entri berkenaan card making. Sekitar bulan Ogos yang lalu saya terima tempahan kad hari lahir bertemakan hitam putih. Kebetulan, bakal penerimanya seorang wanita, jadi terus saya pilih tema bunga. Klise memang klise tetapi saya hendak ambil peluang ini untuk guna background stamp yang saya baru beli ketika itu.
Inginkan kelainan, bahagian hadapan panel kad saya potong sedikit dan cantum semula dengan menggunakan plastik jernih. Kemudian, barulah diletakkan dengan sentimen 'Happy Birthday' secara melintang. Sekali pandang, nampak seolah-olah tulisan 'Happy Birthday' tu yang 'memegang' bahagian hadapan kad.
Sentimen 'Happy Birthday' saya guna rub-on sticker yang dibeli di Mr. DIY. Ingin tahu lebih lanjut tentang rub-on sticker, boleh baca mengenainya di sini.
Gembira betul saya melihat cetakan yang terhasil menggunakan background stamp baharu saya. Tidak smudge. Kadang-kadang, sesetengah stamp tidak cantik dan jelas imejnya. Siap bersememeh lagi! Saya cuma menggunakan dakwat hitam biasa untuk stamping. Jelas nampak setiap garis dan titik dengan jelas. Untuk stamp yang berharga RM5.++, saya rasa dah cukup berbaloi!
Bahulu Sandwich Maker
Khamis, Oktober 08, 2020
Pertama kali saya dengar lagu Tok Ti 'Kuasa Cintamu' ini sewaktu dipersembahkan dalam Konsert Manifestival Siti Nurhaliza x HotKool sekitar bulan September yang lalu. Sekali dengar terus jatuh cinta pada gubahan melodinya. Saya suka. Mendayu-dayu!
Lagu ini ditulis oleh Tok Ti sendiri dan Melly Goeslow. Didekasikan buat puteri sulongnya, si comel cheeky Aafiyah. Bagi yang belum dengar, carilah di Youtube atau strim di platform digital kegemaran kalian ya.
Petang tadi saya tukar tali gitar. Kebetulan hujan lebat, tercari-cari aktiviti yang boleh dilakukan selain meruyupkan mata. Hahaha takkan setiap kali hujan nak bobok dan berselimut je kan? Makanya, Bott bancuh kopi panas, kami berdua lepak di ruang depan. Dia baca buku, saya pula buat pencemaran bunyi, petik gitar hasilkan easy chords lagu ‘Kuasa Cintamu’.
Chords di bawah ini ikut sedap telinga saya je tau. Saya ikut lenggok nyanyian Tok Ti. Saya tak sempat nak jenguk Chordify atau pergi transpose chord. Jadi, kalau ada yang tidak kena atau mungkin ada kord yang missing, maafkan saya ya. Nanti, ada kesempatan saya semak balik.
Kord Gitar From FAMF Tower |
Kord Gitar dan Lirik Lagu Kuasa Cintamu - Siti Nurhaliza (Easy Guitar Chords)
OST Seandainya Kau Ada
(Intro)
Em Em
Em B7
Ku mengkhabarkan pada awan
E Am
Jangan terus jadikan mendung
B7 Em
Kerna alam ingin cahaya
Am D
Untuk terus hidupkan terang
Em B7
Semenjak aku menatapmu
E Am
Hilang padam hatiku galau
B7 Em
Tak pernah lagi lelap tidurku
Am D
Tanpamu mengiring pejamku