Tips Pilih Semangka
Ahad, Oktober 11, 2020
Kad Birthday Tema Hitam Putih
Jumaat, Oktober 09, 2020
Assalamu’alaikum. Hai! Selamat Hari Jumaat! Hari ini entri berkenaan card making. Sekitar bulan Ogos yang lalu saya terima tempahan kad hari lahir bertemakan hitam putih. Kebetulan, bakal penerimanya seorang wanita, jadi terus saya pilih tema bunga. Klise memang klise tetapi saya hendak ambil peluang ini untuk guna background stamp yang saya baru beli ketika itu.
Inginkan kelainan, bahagian hadapan panel kad saya potong sedikit dan cantum semula dengan menggunakan plastik jernih. Kemudian, barulah diletakkan dengan sentimen 'Happy Birthday' secara melintang. Sekali pandang, nampak seolah-olah tulisan 'Happy Birthday' tu yang 'memegang' bahagian hadapan kad.
Sentimen 'Happy Birthday' saya guna rub-on sticker yang dibeli di Mr. DIY. Ingin tahu lebih lanjut tentang rub-on sticker, boleh baca mengenainya di sini.
Gembira betul saya melihat cetakan yang terhasil menggunakan background stamp baharu saya. Tidak smudge. Kadang-kadang, sesetengah stamp tidak cantik dan jelas imejnya. Siap bersememeh lagi! Saya cuma menggunakan dakwat hitam biasa untuk stamping. Jelas nampak setiap garis dan titik dengan jelas. Untuk stamp yang berharga RM5.++, saya rasa dah cukup berbaloi!