Nissin Ramen Tokyo Shoyu
Jumaat, Oktober 08, 2021
| Nissin Ramen Tokyo Shoyu |
| Nissin Ramen Tokyo Shoyu |
Ini sebenarnya aktiviti malam hujung minggu saya yang lalu. Sambil-sambil tonton drama di Viu, tangan berjalan buat pelekat (sticker) untuk dijadikan hiasan jurnal dan planner. Saya cap imej-imej cantik menggunakan cap getah di atas kertas pelekat. Kemudian, potong satu demi satu.
Saya buat pelekat hiasan bertema vintage, retro ala-ala antik. Bagi saya ini antara tema hiasan yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Sentiasa ada permintaan dan kita sendiri boleh pelbagaikan penggunaannya. Sudah terbayang-bayang dah di kepala untuk guna pelekat-pelekat ini sebagai penyeri lembaran junk journal saya.
Saya hanya menggunakan kertas pelekat, dakwat hitam dan stamps yang dirasakan sesuai dengan tema ala-ala vintage.
Antara cap yang jadi pilihan ialah cap getah bunga dan mesin taip yang saya beli secara preloved di bawah ini.
Saya tipu apabila saya mengatakan saya sibuk.
saya sibuk;
tidak dalam keadaan yang mana kebanyakan orang akan faham.Saya sibuk menghela nafas dalam-dalam dan panjang.
saya sibuk menenangkan jantung yang berdetak kencang.
saya sibuk memberitahu diri saya sendiri bahawa saya okey.Kadangkala, inilah kesibukan saya -
dan saya tidak akan meminta maaf untuk itu.
---------------
Sesuatu untuk kita sama-sama fikirkan. Berilah ruang yang sewajarnya pada insan-insan di sekeliling kita andai mereka menyatakan yang mereka sibuk. Usah dipertikaikan kesibukan mereka kerana ada dalam kalangan kita yang sibuk berperang dengan diri, sibuk menangani masalah yang dihadapi.
Ini mungkin bukan jenis sibuk yang kita boleh terima sebagai alasan kukuh. Tetapi, percayalah. Ada kalanya, kesibukan ini yang memberi peluang untuk seseorang itu terus kenal dirinya.
Jaga diri. Jaga hati.