Nasi Goreng Sardin Tak Cukup Sepinggan
Selasa, Januari 25, 2022
Assalamualaikum. Apa khabar semua? Lama juga saya tidak bersiaran di blog ini. Sebenarnya, minggu lepas pergi cuti-cuti. Kononnya nak berehat. Cuti dekat-dekat sini je. Tak ke mana pun. Duduk di dalam bilik, baca novel, layan filem dan TV shows, cukup waktu turun pergi makan, jalan-jalan ambil angin, mengopi, ulang. Tak fikir pasal kerja, tak fikir pasal blog. Bila masuk tower, boleh buat-buat terkejut pula, "Lamanya aku tak masuk blog?" 😂
Cerita cuti-cuti cerita lain kalilah. Hari ini cerita tentang nasi goreng sardin yang sedap, menyelerakan sehingga makan bertambah-tambah. Tak cukup kalau cuma sepinggan. Hahaha ayat bukan main lagi! Saya yang masak, kalau tak sedap pun kena mengaku sedap juga. Kira masuk bakul angkat sendirilah ni.
Ala, dah nama pun lauk sardin, apa yang tak sedapnya, kan? Buatlah hidangan apa sekali pun, sandwic, gulai, pasta, nasi goreng ... asal ada sardin mesti laku.
Buka peti sejuk, ada dua tiga ketul ikan sardin lebihan sambal sardin lauk semalam. Masa untuk nasi goreng sardin! Saya memang gemar nasi goreng. Rasa-rasa malas fikir hendak masak apa, nasi goreng jadi pilihan utama. Pelbagai olahan nasi goreng boleh disediakan hanya dengan menggunakan bahan yang minima. Campak-campak pun jadi!
Nasi Goreng Sardin |
Kacang Kuda Sos Korea Adabi
Ahad, Januari 16, 2022
Kacang Kuda Rebus Bersalut Sos Korea Adabi |
Kopi Bru Sejuk |
Ini percubaan pertama saya. Selama ini, setiap kali teringin menikmati kopi bru sejuk (cold brew coffee), saya akan fikir dua tiga kali. Kononnya malas hendak menunggulah, kena ada kesabaran tinggilah ... Hahaha, jikalau hendak seribu daya, bukan? Okey, sebelum itu, mari kita belajar sedikit apa itu cold brew coffee dan mengapa proses bru yang ini berbeza dengan hot brew coffee.