11 November | Hujung Minggu yang Panjang

Sabtu, November 11, 2023

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Lama benar saya tidak bersiaran. Sibuk mengurus kehidupan konon-kononnya, tidak sempat langsung hendak menjengah blog. Balas komen dan blogwalking jauh sekali! Bersawang kaww kawww gamaknya tower saya ini. 😂

Apa khabar teman-teman semua? Mudah-mudahan okey dan baik-baik sahaja. Sepertiga November sudah berlalu, sekejap je, kan? Nanti tahu-tahu dah masuk 2024.


Deepavali dan Cuti Hujung Minggu 

Kalian ada sebarang plan untuk cuti tiga hari? Bagi yang pergi bercuti, selamat bercuti! Bagi yang balik kampung, selamat meluangkan masa di kampung! Bagi yang tidak ke mana-mana, sekadar berehat di rumah, santai-santai… selamat beristirahat! Relaks dan tenangkan diri puas-puas.

Dah bersarapan? Ini hidangan sarapan saya. Sudah beberapa hari teringin hendak makan pisang goreng. Pagi-pagi gigih bancuh bater. 😂

Pisang goreng rangup saya

Clear Stamps - Tickets

Jumaat, September 15, 2023

Assalamualaikum. Salam Penghulu Hari.

Saya beli peralatan kraf baharu. Buat tambah-tambah koleksi clear stamps. Seronok sikit nak main cap-cap (atau orang kita biasa cakap cop-cop 😂).

Kali ini, pembelian clear stamps saya bukan untuk kegunaan buat atau hias kad ucapan. Sebaliknya, beli khusus untuk hias  junk journal. 

Inilah set clear stamps baharu saya - koleksi tiket vintage 🎫🎟.

Clear stamps - Vintage Tickets


Ini pula hasilnya setelah diletak dakwat dan dicap. Gembira sangat sebab setiap satu stamp tu, cantik hasil cetakannya. Ada yang saya cap atas kertas berwarna, kertas kraf dan ada yang saya cap atas kertas pelekat. Jadi sticker.


Hasil main cap-cap 😊

Macam-macam tiket ada! Tiket bas, tiket teater, tiket panggung… bolehlah digunakan untuk hias jurnal saya nanti.

Noi Crispy Seaweed with Almond Slices

Rabu, September 13, 2023

Assalamualaikum. Pernah rasa tak Noi Crispy Seaweed? Biasanya, kalau snek rumpai laut, saya familiar dengan jenama Tao Kae Noi sahaja. Jenama-jenama lain yang berada di pasaran, saya jarang cuba.

Saya ada beli mentega kacang keluaran Tong Garden di Lazada. Dapat dua pek Noi Crispy Seaweed secara percuma. Punyalah gembira sebab sebelum ini tidak pernah rasa produk seaweed Noi. Nampak menarik!

Noi Crispy Seaweed with Almond Slices

Tepung Ayam Goreng Bon Chef

Selasa, September 12, 2023

Tepung Ayam Goreng Rangup Serbaguna Bon Chef ini pemberian teman saya. Sebenarnya, saya belum pernah cuba sebarang produk Bon Chef sebelum ini. Biasa juga nampak di kedai Eco, tetapi saya tidak beli.

Tepung Bon Chef Hot & Spicy

Alang-alang dah ada tepung goreng serbaguna, kita manfaatkanlah sebaiknya. Buka sahaja pek, bau pedas tepung tu dah menyengat hidung! Bersin-bersin saya dibuatnya. Mujurlah tidak bersepai pek tepung di tangan.

Untuk percubaan pertama, saya buat tempe goreng. Tempe sekadar disalut nipis dengan tepung, kemudian digoreng sehingga rangup di dalam air fryer. 

Inilah hasilnya.

Tempe goreng rangup


Psst! Nak dapatkan hasil terbaik, lumurkan hirisan-hirisan tempe dengan sedikit minyak sebelum dimasak menggunakan air fryer.


Hendak cuba tempe mendoan? Lihat resepi cara saya di sini.

Kacang Kuda Salut Tepung

Seterusnya, baki tepung saya gunakan untuk buat kacang kuda goreng. Snek kunyah-kunyah apabila mulut terasa ‘sunyi’. 😂

Kacang kuda goreng

Kira menjadi jugalah kacang kuda goreng saya ni meskipun saya tak berapa cekap memisahkan butir-butir kacang semasa menggoreng. Banyak kacang-kacang jadi kembar dua, kembar tiga. 😅 Insya-Allah, nanti saya kongsi resepinya apabila ada kelapangan.

Bagi saya, tepung goreng serbaguna Bon Chef ni okey. Berasa dan dapatlah tekstur rangup untuk gorengan. Cuma jika dibandingkan dengan Tepung Bestari, saya lebih gemar Tepung Bestari berbanding yang ini.