Nasi Goreng Dabai Masin

Rabu, Mei 15, 2024

Assalamualaikum.

Kelmarin, saya dapat buah dabai frozen. Punyalah teruja. Cepat-cepat simpan di dalam peti dingin beku. Nanti apabila hendak makan, boleh rendam dalam air panas sekejap supaya lembut, kemudian cicah dengan kicap. Dap dap dap! 

Banyak juga buah dabai yang saya dapat. Mulalah otak ni merencana macam-macam. Nak buat dabai jeruk la… nak buat nasi aruk la… Insya-Allah, bakal diusahakan nanti. 

Baru rancang-rancang je pun, belum sempat sentuh dabai yang saya dapat, alhamdulillah hari ini saya terima rezeki tidak terduga. Saya dapat nasi goreng dabai masin untuk makan tengah hari. Susah nak jumpa ni!

Adik saya tapaukan makan tengah hari dan hantar pada kakaknya yang dah dua hari terperuk, tidak keluar rumah. 😂

Nasi Goreng Dabai Masin

Nasi goreng dabai masin

Taucu Ikan Bilis Kulit Tembikai

Selasa, Mei 14, 2024

Assalamualaaikum. 

Sekarang ini, kami di rumah kerap beli buah tembikai. Maklum sahajalah, musim cuaca panas membahang, memang ideal sangat kalau potongan buah tembikai dingin masuk ke tekak. Menyegarkan!

Sudah ada tembikai tu, mestilah ada kulitnya, kan? Alang-alang, saya simpan sedikit untuk dibuat lauk. Jika sebelum ini saya pernah kongsi resepi Kerabu Kulit Tembikai dan Gulai Lemak Tempe Kulit Tembikai, hari ini saya kongsikan pula resepi masakan taucu ikan bilis dengan kulit tembikai.


Inilah lauk taucu ikan bilis saya. 

Taucu Ikan Bilis dengan Kulit Tembikai

Antara lagu yang sedang hit dan trending di TikTok, Sekecewa Itu. Lagu nyanyian penyanyi dari seberang, Angga Candra. Kord ini boleh dianggap mudah. Cuma jika rasa sukar memainkan chord B, tukar kepada B7 ya. Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower

Santai Pagi di The Bread Bar, TTDI

Khamis, Mei 09, 2024

Baru-baru ini, saya bersarapan di The Bread Bar, Taman Tun Dr. Ismail. Sejak kunjungan pertama saya ke sini tahun lalu, memang jika ingin tukar selera, mahukan makanan barat untuk sarapan, The Bread Bar akan jadi antara pilihan utama saya. Jelas dari namanya, kedai ini menawarkan pelbagai roti, sandwic, pastri dan semestinya kopi.


The Bread Bar

Saya suka interior kedainya. Kelam-kelam tenang dengan cool bar vibes. Tetapi, bukan bar yang sajikan alkokol ya. Terdapat dua bar panjang, satu bar roti dan satu lagi bar kopi. Di sinilah para pekerja menyediakan pesanan-pesanan kita.