Laksa Sarawak Derhaka

Rabu, Mac 12, 2025

Beberapa hari lepas, sewaktu kemas pantri sambil cari idea hendak masak apa untuk berbuka, saya jumpa Pes Laksa Sarawak Hj. Manan. Terus jadi teringin makan laksa Sarawak! 

Bayangkan, kuah laksa pekat berlemak, panas-panas dimakan dengan bihun, ada hirisan ayam, taugeh, daun ketumbar, sambal… Uishhh, sedapnya! Okey, laksa Sarawak for iftar!

Pes Laksa Sarawak Hj. Manan | Boleh dapatkan di sini.

10 Ramadan | Coklat Kurma Nua

Selasa, Mac 11, 2025

Assalamualaikum. Salam 10 Ramadan. Alhamdulillah, kita sudah sampai ke sepertiga Ramadan. Harap kalian semua baik dan tenang-tenang sahaja.

Akhirnya, saya berjaya memaksa diri kembali menulis di blog setelah senyap buat seketika. Entah apa yang saya sibukkan entah. Hasrat untuk menulis entri baharu, blogwalking, ziarah kawan-kawan memang membuak-buak. Tetapi, dari hari ke hari asyik bertangguh.

‘Tunggulah, nanti hujung bulan lapang sedikit, baru masuk blog.’

‘Nantilah, bulan puasa ada masa senggang boleh blogwalking intai kawan-kawan.’

Tahu-tahu sudah 10 Ramadan! 

Ramadan 1446H

Seronok Main Mercun di Syurga

Jumaat, Februari 14, 2025

I am sorry for your loss.” Lembut sahaja kata-kata gadis berkaca mata berbangsa Cina memujuk saya. Saya yang ketika itu sudah teresak-esak menangis hanya menganggukkan kepala. Fokus saya kala itu pada jasad Yuri yang dingin kaku di atas meja rawatan. “Mungkin sekarang dia tengah seronok main mercun di syurga,” ujarnya lagi.

Okey, masa ini saya rasa macam hendak tersedak hingus sendiri. Tidak pasti mahu gelak atau nangis. Saya baru sahaja kehilangan Yuri yang sudah 13 tahun bersama saya dan di hadapan saya sekarang ini, seorang petugas klinik veterinar cuba menggembirakan hati saya dengan mengatakan yang Yuri kini berada di tempat yang lebih baik. Mungkin Yuri sedang bersuka ria main mercun di syurga.

Mentang-mentanglah masih dalam musim raya Cina, main mercun dikatanya. Nasib baik dia tak kata Yuri buat tarian naga. 🤣 Apapun, saya hargai niat murninya yang cuba tenangkan saya.

My Yuri 

Wordless Wednesday - 7 Hari Tanpa Yuri

Rabu, Februari 12, 2025

 

Yuri Van Houtten | 26 Oktober 2011 - 5 Februari 2025

😢