Kardigan Helene Sabella daripada Kak Sheila Adziz
Sabtu, Oktober 30, 2021
Assalamualaikum. Selamat Hari Sabtu!
Ini entri penghargaan tertangguh. Bulan lepas, giveaway anjuran Kak Sheila (Sheila Inspire) merupakan antara giveaway yang saya sertai.
Alhamdulillah, setelah diumumkan senarai pemenang, saya antara yang terpilih. Terima kasih Kak Shiela sebab maklumkan pada saya. Waktu tu memang agak sibuk, tak sempat berblogging atau blogwalking sangat. Jadi tak keep track pun giveaway mana yang sudah tamat, mana yang sudah umum keputusan.
Menang apa? Saya menang Helene Cardigan, produk Sabella yang popular dengan tagline ‘benda tak payah gosok, buat apa nak gosok’ tu. 😊
Selepas selesai beri butiran kepada Kak Shiela, saya lupa terus tentang hadiah tersebut. Sehinggalah pada 14 Oktober, tiba-tiba terima notifikasi daripada pihak DHL yang maklumkan akan hantar bungkusan pada saya.