Isnin, Ogos 18, 2014

Roti Telur Kayu Manis

Malam tadi kena stay-up sekejap untuk siapkan kerja. Tiba-tiba perut meraung minta diisi. Aisy...laparlah pula! Terus masuk dapur buat roti telur kayu manis untuk supper.

Roti telur kayu manis.


Resepi Roti Telur Kayu Manis (untuk 1-2 orang)

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 keping roti (belah dua)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu (Kalau tidak mahu letak susu pun tidak mengapa)
  • secubit garam
  • sedikit serbuk kayu manis. Banyak mana tu ikut cita rasa. Jika inginkan rasa kayu manis yang lebih ketara, letaklah lebih sedikit.
  • sedikit minyak sayuran/ minyak zaitun/ mentega atau marjerin untuk goreng roti di atas kuali leper.

Cara Penyediaan:

  1. Kacau rata telur, susu, garam dan serbuk kayu manis dalam sebuah mangkuk.
  2. Panaskan kuali leper. Letakkan sedikit minyak/marjerin atau mentega.
  3. Celup roti ke dalam adunan telur tadi dan goreng hingga kedua-dua sisinya masak.
  4. Sedia untuk dihidang. Kalau nak lebih sedap, taburkan sedikit gula kasar di atas roti. Tetapi, saya lebih suka makan macam tu je :)

Okey, selamat memulakan minggu baru!


17 ulasan:

  1. Eh, kayu manis? Ape rasa dia eh. curious nak tahu nih. hehe. Tak pernah buat lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa manis-manis berempah gitu. tapi, kalau first time cuba akak cadangkan jangan letak banyak2 serbuk kayu manisnya. takut tak kena dgn selera :)

      Padam
  2. alahai.. tengah puasa ni, nampak tempting sangat roti telur kayu manis tu. tapi x pnah try agy. nnti ada masa, nak cuba2. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berbuka, Amy. Bolehlah cuba buat sebagai appetizer utk berbuka :)

      Padam
  3. Amboiiii akak..
    Mintak sikit.
    Belum pernah try ni.

    BalasPadam
  4. aha....tak buat lagi resipi mcm ni...JM dah copy tau resipi nih...baru nk minta kebenaran :-)
    Kalau boleh nk ganti kulit kayu manis denga lada sulah..ok tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan, JM. Resepinya memang utk dikongsi. Mmm, kalau letyak lada sulah pun sedappp. Tapi, tak delah aroma wangi kayu manis bila roti tu dibakar :)

      Padam
  5. kayu manis? ape rasa? pahit ke kak? mcm nak mcuba yg ni jugak..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nad suka cinnamon tak? Ada orang tak suka,..so for a start, cuba letak sikit je dulu.

      Padam
  6. baru hbis stdy dh pkul 1 skrg ni..tgk roti lapaq lak perut...
    susu tu susu tin pekat tu ka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak susu biasa je, low fat ke,..full cream ke...

      Padam
  7. biasa makan roti celup telur dan goreng saja.....

    lain sikit ya kak farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kurang cuma yang ini berempah sedikit & lebih beraroma sebab ada rasa cinnamon

      Padam
  8. Sedap ke kak kalau bubuh serbuk kayu manis tu? Cam musykil je.. Yang susu tu rasa cam best..Kayu manis tu je menjadi kemusykilan.. kikiki

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.