Khamis, Mac 17, 2016

Cara Kemas Clear Stamps Cling Stamps

Antara barang-barang kraf yang selalu bersepah sana sini di bilik kraf saya ialah crafts stamps. Both clear stamps and cling stamps. Di bawah ini antara contoh stamps yang saya maksudkan. Didatangkan dalam pek kecil lebih kurang saiz A5, apabila dah banyak-banyak tu, saya sendiri susah nak locate di mana. Ada yang saya simpan dalam almari,..ada yang dalam laci meja kraf. Waktu nak guna, barulah menggelabah tercari-cari. 



Meskipun saya ada rak gantung-gantung wire net (boleh lihat di sini), takkanlah semua saya nak hang. Roboh pula wire net tu nanti. Oleh itu, untuk lebih teratur dan jimat ruang, I resorted to filing system. Ya, kita simpan semua clear stamps/cling stamps dalam fail. 


Apa yang diperlukan:
  • Fail Gegelung (2-hole Ring File). Selain itu, boleh juga gunakan DVD folder.
  • DVD Plastic Pockets

Mula-mula, keluarkan stamps dari plastik packaging. Tetapi, jangan dileraikan dua plastik yang mengapit stamps tersebut. Kedua-dua plastik berfungsi untuk melindungi stamps kita. Masukkan stamps ke dalam DVD Plastic Pockets. Satu DVD Plastic Pocket untuk satu pek stamps. Jika perlu, tampal decorated tape/washi tape pada bahagian mulut plastik supaya stamps tidak terkeluar. Kemudian, susun dalam fail ikut tema/jenis. 

Hasilnya akan jadi seperti ini,...
Satu fail untuk clear stamps alphabets and words.
 ...dan ini,..
Satu fail lagi untuk koleksi clear stamps yang selebihnya.

Acrylic stamping block pun  boleh simpan sekali dalam fail ni. Mudah kan? Apa yang penting, stamps dah kemas tersusun dan lebih sistematik. Nak cari pun senang. Kita flip, selak-selak sahaja :)

Semua stamps saya dalam tiga fail tu :)


Psstt! Boleh juga tengok entri-entri di bawah ni: 


40 ulasan:

  1. Ya Allah, kreatifnya kak farah..")

    BalasPadam
  2. kreatif...mudah nk cari..thumbs up..

    BalasPadam
  3. Kreatif satu idea yg sgt2 brguna..barula mudah nak cari

    BalasPadam
  4. Bagus juga baca artikel Pn Farrah kali ini...idea nak selit2 kertas nota kecil2 agar tak hilang...nak belek cari semula pun senang....

    BalasPadam
  5. cutenyaa! kalau saya x simpan stamp, saya simpan duit syiling :D

    BalasPadam
  6. DVD plastic pocket tu ade jual kat mana farah?

    bagus idea ni.. blh tiru.. heheh

    BalasPadam
  7. baru kemas dan tersusun..senang nak cari..

    BalasPadam
  8. Selalu adore dengan kerajinan sis... ;p

    BalasPadam
  9. sistematik akak ni.. barulah senang kan.. klau saya rasanya semua sumbat dalam laci je.. Nak2x kalau dokumen2.. kalau nak mulalah mncari..kalau tak jumpa rasa nak marah org pulak.. hiihiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu mencari pakai mulut mmg cenggitu...
      * carik pasal dengan ikhwan... He he he

      Padam
    2. Hahahhaa,. Cari dgn mulut okay lg SS jgn cari dgn kepala lutut.. Hahaha..

      *balas cari pasal dgn SS

      Padam
    3. tak jumpa nak marah .. memang ... so kena simpan nak nak benda banyak banyak cenggini

      Padam
    4. Kepala lutut ok lg ikhwan... Jangan kelapa! Hi hi hi..

      Padam
    5. ikhwan sama la dengan kita simpan barang dalam laci bila tak jumpa ada yg kena marah hahahhaha

      Padam
  10. SS punya lekat terus... Pakai bongkah kayu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehhhh... Ingatkan bongkah Besi SS.. Keh keh keh..

      *jom cari pasal dgn SS

      Padam
  11. Wah kelihatan organization attitude di situ.

    BalasPadam
  12. Kalau saya banyak yang rubber stamp kayu susun masuk kotak je..;)

    BalasPadam
  13. bgsnya sis sifat Allah Ya Baari'... klu akak mmg berterabur la...

    BalasPadam
  14. kalo dah sistemetik tu sistemetik jugaklaaa guano pun kan kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betoi.. ce suruh akak.. wakakaka selamanya benda tu bersepah gak =P

      Padam
  15. kak Farrah ni kalau ada audit 5S confirm dapat markah penuh

    BalasPadam
  16. tapi satu je masuk entri ni rasa nak nangis sebab yang tak jumpa lagi clear stamp cenggitu sebab sini takada popular tu payah

    BalasPadam
  17. Kreatifnya Farrah...memang nampak kemas dan senang nak cari bila nak di perlukan..

    BalasPadam
  18. clear stamps saya semua dah habis hilang

    BalasPadam
  19. ya Allah, rajinnya!! saya campak2 je, bila nak pakai, haaa teraba2 lah jawabnya haha

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.