Khamis, Jun 01, 2017

DIY Kad Hari Raya Mudah (Bahagian 1)

Jika sebelum ini saya dah kongsi beberapa cara buat kad hari raya diy mudah, untuk tahun ini kita nak buat kad raya guna decorative tape dan craft punches. Barang-barang ini mudah didapati dan murah harganya. Boleh beli di Mr. DIY atau DAISO. Dapatlah kita hasilkan kad raya bajet yang istimewa.

Tutorial DIY Kad Hari Raya terdahulu:



Bahan-bahan asas yang diperlukan seperti dalam gambar di atas:- craft punches, decorative tape, gel pen putih, gel pen silver (glitter) dan kad/kertas keras untuk dijadikan base. Of course kita perlu gunting dan glue tape. Kemudian, untuk hiasan tambahan, bolehlah guna adhesive diamentes, kertas warna/bercorak, reben, butang,..apa sahaja yang ada. Ikut kreativiti masing-masing ye.

Untuk Bahagian 1 ini, saya kongsi kad yang saya buat menggunakan decorative tape dan hias dengan rama-rama kecil yang di-punch atas kertas glitter. Decorative tape hitam putih motif butterfly ini saya beli di Mr. DIY. Tidak silap saya harganya RM3.90 satu gulung. Saya berkenan sangat dengan coraknya. Pandang je, terus rasa nak buat kad! 😉

Proses pertama mudah sahaja. Ambil decorative tape dan tampal atas base card. Buat satu jalur memanjang seperti di bawah.

Hitam atau putih? Dua-dua cantik bagi saya. Letak tape je, 50% kad kita dah siap. Tinggal nak tambah hiasan je. Mudah kan? OK. Untuk kad hitam, saya nak gunakan butterflies kecil-kecil tu.

Saya tampal tiga ekor rama-rama kecil di atas kad. Tetapi bentukkan dulu rama-rama tu dan gam hanya pada sebelah/tengah sayapnya sahaja. Jangan digam semuanya. Ini untuk dapatkan efek 3D, sayapnya terjongket-jongket seolah-olah rama-rama tu terbang. Kemudian, saya guna gel pen putih untuk buat garis-garis putih jejak pergerakan rama-rama. Akhir sekali, sentimen 'Salam Syawal' ditulis menggunakan tulisan berangkai di bahagian bawah kad.



Hasilnya,...


Untuk kad putih pula, saya warnakan sebahagian kecil daripada gambar menggunakan Sharpie pens. Konon-kononnya supaya naik seri. Kemudian, buat garisan tepi tape menggunakan gel pen silver. Final touch, kita letak hashtag 😆 sekarangkan sikit-sikit hashtag. Apa salahnya kad raya pun kita hashtag sama,..😀😊😃 Oh, untuk bahagian hashtag tu, saya tampal menggunakan dimentional tape supaya sentimennya timbul/terapung sedikit.


Hasilnya,..


Senang je kan? Kos rendah, boleh buat banyak-banyak dan beri pada ramai orang. Jika mahu, boleh juga tulis/tampal dengan sticker nama penerima. Jadi personalised card,...lebih istimewa.

Selamat Ber-DIY!
#famftowercrafts



Lihat entri Bahagian 2 di sini.




Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts  di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini.  Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)

20 ulasan:

  1. TQ bagi idea T_T
    kad simple, tapi cantik sgt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang penting simple dan mudah utk dibuat kan,..

      Padam
  2. wahhh nampaknya kad raya utk sy dah siap tu heheheh

    BalasPadam
  3. Buat sendiri macam ni boleh jimat banyaak! :)

    BalasPadam
  4. Hi geng ketaq..Adoi lama nya tak mai menyinggah... Sihat tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai geng ketaq!!! Alhamdulillah, sihat seadanya. Tapi ketaq tetap ketaq hahaha

      Padam
  5. Balasan
    1. Salam Ramadhan buat Mummy and the heroes tooooo!

      Padam
  6. Lawoo kad.. Kreatif.. nanti mummy leh cuba gak ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mummy lagi advance,...lagi hebat! Saya ni kad-kad picisan bolehla buat :)

      Padam
  7. yesss... now, i'm hunting for raya greeting card. Thanks farrah for your sharing

    BalasPadam
  8. cantik corak kat decorative tape tu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.