Rabu, Mei 30, 2018

DIY Kad Hari Raya Guna Colouring Pages

Assalamualaikum,
Salam Ramadan ke - 14.

Hari ini entri berkenaan kad hari raya DIY.

Jika tahun kepas, saya kongsi tutorial DIY Kad Hari Raya Menggunakan Decorative Tape yang dibeli di Mr. DIY, tahun ini saya guna colouring page atau colouring book pula. Jangan bimbang, kebanyakan tutorial kraf kertas dan card making yang saya sediakan sempena keraian sebegini berkos rendah, mudah dan mampu dibuat. Jadi, bolehlah buat banyak-banyak dan kirim pada kenalan dan keluarga.


Lihat Tutorial DIY Kad Hari Raya terdahulu:


Pada asalnya, saya tengah mengemas stationeries dan stok barang kraf. Terjumpa buku colouring for adults yang terabai sebab saya hangat-hangat tahi ayam je nak mewarna. Design dalam buku tu punyalah details, kecil-kecil … sampai naik pening dan stres pula saya sewaktu mewarna hahaha. Nasiblah masa beli harganya sekitar RM5 - RM7/sebuah. 

Daripada terbiar begitu sahaja, baiklah dimanfaatkan sebaiknya. Kita buat kad. Bagi yang tidak ada colouring page atau colouring book, tak perlu bazir duit beli buku mewarna sampai dua puluh ke tiga puluh ringgit tu. Search atau google 'colouring pages for adults', pilih gambar yang berkenan dan cetak. Jimat!

Apa yang diperlukan?

Colouring pages.

Dah ada colouring pages, kita akan perlukan bahan asas untuk buat kad seperti:
  • Kad/kertas keras (dipotong dan dilipat supaya menjadi kad dasar atau card base)
  • Kertas warna, kertas bercorak (jika perlu). 
  • Glue tape
  • Dimensional Tape
  • Corner Rounder Punch
  • Hiasan kraf lain seperti benang, reben, butang,  washi tapes, adhesive diamentes,  alphabets clear stamps dan gel pen. Terpulang. Ikutlah nak hias dan cantikkan lagi kad macam mana.


    Okey, di bawah ini contoh-contoh kad yang dihasilkan menggunakan lembaran kertas mewarna (colouring pages).

Kad raya daripada buku mewarna

Kad yang pertama (atas) saya simply potong kertas colouring page ikut saiz yang sesuai dan lekat pada kad dasar. Kemudian, saya tampal cebisan kertas hitam yang telah ditebuk dengan decorative border punch. Tambah pula sentimen 'Salam Syawal' guna alphabets clear stamps.

Kad kedua pun sama. Saya cuma tambah sentimen Salam Aidilfitri yang ditulis atas kertas hitam dengan menggunakan gel pen putih.


Kad yang ini, bulatan-bulatan tu saya buat guna die-cut machine. Die-cut machine saya kecil cenonet je - Diamond Press Tool. Susun ikut suka, dan tambah sentimen 'Eid Mubarak'. Selain bulatan, boleh juga buat potongan empat segi sama.


Bosan dengan tema hitam putih? Serikan kad dengan sedikit sentuhan warna seperti di bawah ini. Saya potong kertas colouring page kepada beberapa bahagian yang berlainan saiz lebar dan tampal supaya nampak macam panel yang bersusun. Saya hanya warnakan satu panel dan panel berkenaan kelihatan timbul sedikit kerana saya tampal guna dimensional tape.


...dan yang terakhir, saya berkenan dengan corak doily besar ni. Saya sketch gambar masjid, traced balik guna VersaMarker dan buat heat embossing. Then, tambah tiga butir adhesive diamentes supaya lebih bling bling 🌟



Mudah sahaja, bukan? Meskipun hanya guna colouring pages, pelbagai rekaan kad yang boleh dihasilkan. Ikut kreativiti masing-masing. 

Selamat Mencuba! Selamat Berkraf!

18 ulasan:

  1. Cantikkk! Haih bila lah Nani nak jadi kreatif dan rajin macam ni. Hahah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh tak pe..nanti ada masa lapang boleh cuba buat ye...

      Padam
  2. sayang nk guna kalau ada kad mcm ni ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sayang? tak pelah kita bagi untuk orang yang kita sayang :)

      Padam
  3. cantikkk setiap tahun.. akak alamat rumah sama lg kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, the same mailing add. Hope my card reaches you before raya :)

      Padam
  4. Cantik sokmo kad raya kak farah tahun ni ada turn ekin tak hahaha. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala ekin, sorrylah. Tahun ni tak dan hantar kat rakan blogger sangat. Akak hilang address you all semua, then lupa nak kumpul balik.

      Padam
  5. cantik2.. bagi macam ni adds on sentimental value =D

    BalasPadam
  6. Cantik.. Kreatif..
    Sha tahun ini boleh pula lupa pasal kad raya..
    Terima je.. tak ada pun memberi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe akak pula sibuk buat kad utk orang, last minute baru menggagau nak pos pada bloggers. Sempat hantar pada beberapa orang je 😂

      Padam
  7. izinkan aida tiru memana design farrah ekk.
    thn depan nak buat sendiri la kad raya.
    baru original.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan, Aida. Tak ada masalah. Idea2 memang utk dikongsi. Tahun depan kita buat misi kad raya sama2 ye...

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.