Khamis, Mac 07, 2019

Photo Accordion Card

Assalamu'alaikum. Apa khabar semua? Lama saya tak jengah blog ni. Sibuk memanjang. Asyik tak cukup masa. Makanya, update blog dalam mimpi jelah. Bangun pagi dengan harapan memang betullah ada terbitkan entri, hampa. Hahahah.🤣

Hari ini punya sedikit kelapangan. Jadi, nak tunjukkan kad kotak bergambar yang saya panggil Photo Accordian Card

Apa istimewanya Photo Accordian Card? Kad ini boleh letak banyak gambar. Ala-ala macam buat kolaj/scrapbook. Kenapa pula dipanggil accordian card? Sebab bahagian dalamnya yang berlipat-lipat seperti alat muzik accordian.


Inilah rupa luarannya. Kad kotak ini, panjang lebar dan tingginya lebih kurang macam saiz kotak pen. Dapat gambaran? Seperti biasa, apabila cuba buat kad design baharu, saya akan pilih warna hitam putih. Tema kad - butterfly. Ini kad hari lahir yang saya buatkan untuk rakan pejabat Cekengah yang dah jadi adik angkat saya. 😀

Photo Accordian Card

Bahagian dalam.
Bahagian dalam Photo Accordian Card
This is the exciting part. Apabila kotak dibuka, akan ada lembaran berlipat-lipat seperti di atas. Seolah-olah display untuk koleksi gambar. Haa, tetapi di atas tu saya banyakkan hiasan rama-rama. Tidak letak banyak gambar. Guna 4 gambar je kerana masa siapkan kad ini saya tidak sempat nak dapatkan banyak gambar tuan punya badan. Jika diikutkan, setiap panel berlipat tu kita boleh penuhkan dengan 3 keping gambar bersaiz empat segi sama. Ada 8 panel. So, total boleh letak 20 gambar. 4 kotak di tengah kita spare untuk ucapan/wish. Meriah dan menarik kan? Kad begini sesuai untuk banyak keraian, bukan terhad kepada hari lahir sahaja. Untuk graduation, thank you card, just because card, apa-apalah. 

Baru-baru ini saya ada buat photo accordian card yang setiap panelnya diletakkan gambar. Insya-Allah, jika jumpa di mana saya simpan gambar yang saya captured tu, saya muat naik di sini. 😉

OK, have a great day ahead! See you when I see you (tengah cuba nak balas komen dan blogwalking selepas ni.)

19 ulasan:

  1. Cantiknya.. memang kreatif.. Nampak complicated tapi ohsem..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, Sha. Akak ni follow tutorial je. Orang yang came up with this photo box memang betul2 kreatif 😊

      Padam
    2. Tangan akak memang berseni.. Suka tengok hasil craft akak.. Sangat cantik dan kemas..

      Padam
  2. As always, creative sangat kak Farrah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua benda cantiknya dah ada, Farah. Akak tinggal potong tampal potong tampal je 🤣

      Padam
  3. Farrah kalau buat kad menjadi aje. Kalau pandai tanam pokok orang cakap green hand. Kalau pandai buat kad? 😉

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha yang tak jadi tak masuk blog. Masuk tong recycle. Purple hand boleh?

      Padam
    2. Purple hand. Colorful gitu. Saya x pandai benda2 kraf gini. Clumsy n ganas adalah. Buat benda sume jahanam. Haa ni sesuai Hulk Hand haha!

      Padam
  4. Wah cantiknye.. suka combination hitam putih ni,..nampak elegant :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu sebab akak suka cuba buat kad baru dengan warna hitam putih....kira pilihan warna yang failproof 😊

      Padam
  5. Kk Farrah x pernah x kreatif.. hehhe.. tangan berseni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada jugak masa masanya yang akak tangan kayu kahkahkah

      Padam
  6. senang nak simpan juga sebab dia dalam bentuk kotak..

    BalasPadam
  7. comelnya kak farah ni hasil kejadian memang lawa sangat

    BalasPadam
  8. Maybe lepas ni, boleh letak bunyi2 muzik pula mcm kad bday yg dulu2 byk jual kat kedai buku..hehe.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.