Isnin, Oktober 07, 2019

Kacang Kuda untuk Kunyah-kunyah

Assalamualaikum semua. 
Selamat sejahtera. 
Moga hari ini kalian baik-baik sahaja.

Ini entri pertama saya untuk bulan sepuluh. Seperti biasalah, harap dapat konsisten tulis entri blog. Tetapi, ada sahaja kekangan. Baru sekarang sempat jengah blog balik.

Siapa di sini suka makan kacang kuda rebus? Well, chickpea is my favourite. Boleh kata apa sahaja hidangan yang ada kacang kuda, saya akan suka apatah lagi kacang kuda rebus.

Dahulu semasa kecil, Cekebon hantar kuih untuk dijual di kantin sekolah. Selain daripada kuih udang, Cekebon akan buat kacang kuda rebus dan bungkus dalam pek kecil-kecil. Dalam pada Cekebon sibuk membungkus kacang kuda, saya tolong bungkus masuk perut. 😜

Sekarang ini, stok kacang kuda memang sentiasa ada di rumah. Senang sebab apabila gigi ni gatal dan rasa nak mengunyah, bolehlah rebus kacang kuda untuk dijadikan snek. Selain itu, saya suka guna kacang kuda untuk letak dalam salad, buat inti sandwic dan falafel. Uishhh, sebut pasal falafel, terus rasa air liur meleleh! 

Kacang kuda rebus sesuai untuk dijadikan sebahagian daripada menu harian (snek atara meal) kerana kandungan glisemiknya rendah dan mengenyangkan. Jadi, tidaklah kita akan craving makan yang bukan-bukan.

Bagi yang eat clean, kacang kuda rebus seeloknya dinikmati begitu sahaja. Rebus kosong hingga kacang empuk tanpa garam atau sebarang perasa tambahan. Portion untuk sekali makan agak-agaklah dalam segenggam. 

Kacang kuda rebus saya dan Bott. Yang ini, saya kukus kacang bersama daun kari. Wangi je aromanya.
Jika inginkan kacang kuda yang lebih berperisa, di bawah ini ada dua versi resepi kacang kuda rebus yang boleh dicuba:- biasa dan pedas.


Biasa
  1. Rendam kacang kuda semalaman. Setelah itu, rebus atau kukus sehingga kacang empuk. Tuskan kacang. Ketepikan.
  2. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, beberapa tangkai daun kari dan lebih kurang setengah hingga satu sudu kecil biji sawi. Guna sedikit minyak sahaja tau. Tak perlu banyak-banyak. Cukup untuk garingkan bahan-bahan tadi. 
  3. Masukkan kacang kuda yang telah direbus atau dikukus tadi. Perasakan dengan sedikit garam. Gaul hingga sekata.
  4. Sedia untuk dihidangkan.



Pedas
  1. Rendam kacang kuda semalaman. Setelah itu, rebus atau kukus sehingga kacang empuk. Tuskan kacang. Ketepikan.
  2. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, beberapa tangkai daun kari dan satu hingga dua sudu besar pes cili (agak-agak ye penggunaan pes cili tu bergantung pada portion kacang kuda). Masak sehingga cili garing.
  3. Masukkan kacang kuda yang telah direbus atau dikukus tadi. Perasakan dengan sedikit garam dan gula untuk seimbangkan rasa. Gaul hingga sekata.
  4. Sedia untuk dihidangkan.


Selain itu, bagi penggemar telur masin, boleh cuba kacang kuda rebus telur masin. Saya pernah buat dengan hanya tumis daun kari dan letakkan serbuk telur masin sahaja. Itu pun dah sedap. Kalau nak buat berkuah sedikit macam hidangan ayam salted egg tu pun boleh (hirisan bawang putih, daun kari, hirisan cili api dan susu cair dan kuning telur masin). Tapi, kurangkan jumlah susu yang digunakan. Tak sedap kalau berkuah sangat.


Jom buat kacang kuda rebus!

17 ulasan:

  1. Sama la. Kat rumah pun kerap jugak ada stok kacang kuda ni. Duduk saja2 menguyah je kerja hahah

    BalasPadam
  2. tetibe rasa lapar pulak tengok kacang kuda tu . . haishhhhh . . .

    BalasPadam
  3. suka dua2..yg pedas, yg biasa...ralit mengunyah sambil layan movie..

    BalasPadam
  4. Masa duk Semenanjung suka makan kadang kuda ni sis.. sedap, makan tak sedar boleh habis semangkuk..hehe..
    Nak cuba cari & rebus sendiri lah lepas ni..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, buat stok. Rebus sendiri puas sikit dapat makan :)

      Padam
  5. Rasa mcm nk balik kukus pulak kacang kuda ni

    BalasPadam
  6. Sedapnya.. Sha suka versi pedas.. Lebih mengancam.. Makan kacang nie sambil membaca memang ralit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau pedas tu kan...memang mulut tak reti berhenti hihihi

      Padam
  7. biasa beli kat psr mlm sbb mls nk rendam n rebus.. hihik..
    febret sy ni!

    BalasPadam
  8. fevret !! buat kunyah2 sambil tengok tv. kalo rajin buat sira sambal.
    kalo malas rebus jeellee.

    BalasPadam
  9. baru semalam beli habuan kunyah-kunyah kat pejabat

    BalasPadam
  10. kacang kuda kalau makan mesti rebus kosong,tak suka letak garam atau gula.heheheh. aduh,rasa nak beli kacang kuda balik nanti

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.