Ahad, Mei 16, 2021

Resepi Cucur Tauhu

Assalamualaikum. Salam Syawal ke - 4. Hari ini kita bercucur tauhu ye. Sebenarnya, sebelum raya beli tauhu sebab nak buat sambal goreng Jawa. Kemudian, meronda satu kampung cari tempe tak jumpa. Habis! Padan muka saya. Yakin je tempe sentiasa ada dekat kedai 😂 !

Tengah frust tak jumpa tempe, jiran lama saya telefon. Dia beritahu sebelah petang hendak hantar kuah lontong, rendang, ketupat palas, lemang dan sambal goreng Jawa untuk saya dan Bott. Nenek P kat sebelah ni pun dah cakap, juadah raya dia sponsor. Tak perlu kami hendak susah payah masak.

Alhamdulillah, kemayuran kami berdua dengan pelbagai lauk-pauk raya. Sudahnya, saya cuma masak ayam daun kari  (lauk wajib raya saya) je untuk dimakan dengan nasi himpit. 

Baru nilah hendak diproses tauhu yang beli tempoh hari 😊. Jika kalian ada tauhu di rumah, tidak kiralah tauhu keras yang biasa ataupun tauhu lembut seperti tauhu Jepun dan tauhu telur tu, bolehlah cuba untuk buat resepi cucur tauhu saya ini. Hanya tiga bahan utama yang diperlukan. Hasilnya memang enak! Jom tengok resepinya.

Cucur tauhu mudah

Resepi Cucur Tauhu

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 biji tauhu keras atau 3 tiub tauhu telur
  • 1 biji lobak merah bersaiz sederhana besar
  • 1 biji telur
  • 3 - 5 sudu besar tepung gandum
  • garam secukup rasa
  • minyak masak untuk menggoreng

Langkah penyediaan:

  1. Di dalam sebuah mangkuk sederhana besar, masukkan tauhu dan hancur-hancurkan.
  2. Setelah itu, parut lobak merah dan masukkan ke dalam mangkuk berisi tauhu. 
  3. Masukkan juga sebiji telur dan beberapa sudu tepung. Banyak mana tepung hendak digunakan bergantung kepada kalian. Tepung dan telur ini berfungsi sebagai agen pengikat untuk cucur kita ini. Kalau rasa bater cucur itu agak cair (runny), lebihkan tepung. 
  4. Gaul sekata semua bahan tadi dan perasakan dengan garam.
  5. Panaskan minyak. Goreng sehingga cucur bertukar warna kecoklatan.
  6. Akhir sekali, angkat, tuskan minyak dan cucur tauhu sedia untuk dihidangkan.
Bater cucur tauhu saya. Sedia untuk digoreng.


Cucur tauhu yang siap digoreng sedap dihidangkan bersama sos pilihan kegemaran - sos cili, sos keju, Sriracha, mayones atau sos BBQ. Tekstur cucur yang lembut, manis-manis berlemak (rasa manis dari lobak merah) memang akan buat kita makan bertambah.

Jika mahu, boleh juga ditambahkan hirisan daun sup, daun bawang dan cili merah ke dalam bater cucur. Meriah sedikit warna hidangan dan bertambah wangi aroma cucur ini.  Letak isi jagung pun best. Tetapi, percayalah. Begini sahaja pun sudah cukup enak! 


Ingin cuba resepi tauhu yang lain? Apa kata intai entri resepi berasaskan tauhu di bawah:

12 ulasan:

  1. Tak pernah mengetahui dan merasa makanan cucur tauhu ni.. Baru pertama kali mendengarnya. Ni memang makan tradisi atau makanan terhasil dari inovasi?

    BalasPadam
  2. Makan dengan sambal kicap pun ngam juga ni.

    BalasPadam
  3. Sedapnya cucur tauhu!
    Kalau saya jumpa ni, mau makan lebih 5 ketul.

    BalasPadam
  4. saya rasa macam penah makan di rumah kawan..
    saya suka tahuuu so semua ada tahu saya suka..

    BalasPadam
  5. Ada je idea kak Farrah. Macam sedap ni. Selalu raya ada tauhu buat kuah lodeh je

    BalasPadam
  6. Menariknya resepi ni . Bahan2 pun mudh dicari

    BalasPadam
  7. Menariknya cucur yang akak buat.. Rasa macam nak jadi jiran akak je.. hahaha

    BalasPadam
  8. Macam tauhu bergedel pulakkk hehehe

    BalasPadam
  9. kalau mls masak nnt bolehlah sy try hehehe

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..rezeki ada yang berkongsi juadah raya. Sedap cucur tauhu ni. saya penggemar tauhu. tauhu goreng sedap, apatah lagi buat cucur campur macam macam rencah :)

    BalasPadam
  11. Wah menarik! Boleh cuba buat nanti ni

    BalasPadam
  12. first time dengar cucur tauhu. boleh cuba nanti.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.