Isnin, Disember 14, 2020

Sandwic Cendawan Roti Parmesan Oregano

Assalamualaikum. 

Hari ini entri resipi mudah tetapi miliki keenakan berganda! Sandwic Cendawan. Apa yang istimewanya hidangan sandwic saya kali ini ialah bahan tambahan yang digunakan seperti hirisan ayam dan hirisan saderi. Selalu jika buat sandwic cendawan, saya hanya guna cendawan shitake, bawang besar dan lada benggala sahaja. Kemudian, tambah perasa seperti sos tiram dan lada hitam. Boleh intai resepi di sini.


Selain daripada itu, pilihan roti saya juga berbeza. Kebiasaannya, saya akan guna roti fibre atau baguette yang dipotong serong memanjang. Tetapi, kali ini saya guna roti parmesan oregano yang dibeli di La Boheme Bakery. Memang jatuh cinta dengan roti ini. Dahlah lembut, wangi je bau parmesan dan oregano menyapa hidung 😉



Resepi Sandwic Cendawan yang Sedap dan Mudah Disediakan


Inti sandwic cendawan

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat inti sandwic:

  • 2 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 tangkai saderi (dihiris)
  • satu pek cendawan shitake (dihiris)
  • seketul dada ayam (direbus dan dicarik/dihiris supaya menjadi cebisan kecil)
  • 1 - 2 sudu sos tiram
  • serbuk lada hitam secukup rasa
  • serbuk lada sulah secukup rasa
  • garam jika perlu
  • sedikit minyak untuk menumis

Langkah-langkah Penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang besar hingga naik bau dan caramelized.
  2. Setelah itu, masukkan cendawan, hirisan ayam dan potongan saderi. Goreng kilas (stir fry).
  3. Perasakan dengan sos tiram, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah secukup rasa. Jika tekstur sos tiram agak pekat, masukkan sedikit air.
  4. Biar seketika di atas dapur hingga cendawan lembut.

* Alternatively, jika tidak mahu menggunakan sos tiram, boleh variasikan resepi dengan letak:
  • sedikit kicap manis (seperti kicap ABC) bersama lada hitam
  • Worcestershire sauce
  • BBQ sauce


Yang penting, ikut cita rasa masing-masing. Okey, apabila inti sandwic dah siap, marilah kita siapkan rotinya pula. Inilah roti parmesan oregano La Boheme Bakery tu. Potong kepada beberapa potongan. Jika ingin potongan roti tu cantik, jangan lupa pakai serrated knife.


 La Boheme Parmesan Oregano Bread

Kalaulah gambar di atas ni boleh keluarkan bau, mesti kalian akan terliurlah! Roti ni saling tak tumpah rasanya macam roti parmesan oregano Subway. Cuma bentuk dan saiz sahaja yang berbeza.

Setelah dipotong, dua-dua belah roti saya sapukan dengan sedikit mentega dan dipanaskan sebentar di atas kuali. Kemudian, barulah kita letak inti semewah-mewahnya.

Milik saya :)

Bagi saya macam ni je dah cukup. Bott will go for a few extra steps. Dia akan tambah sandwic dengan hirisan zuccini atau timun dan hirisan tomato. Oh, nak bagi rasanya lagi umphh, boleh juga sapukan sedikit mayones, mustard dan sos cili. 

Sandwic Cendawan Istimewa siap!



18 ulasan:

  1. Itulah kalau pesan sandwich di Subway memang minta roti parmesan oregano.
    Bolehlah guna idea ini untuk buat sandwich di rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Saya kalau beli Subway memang ini antara roti pilihan utama 😊

      Padam
  2. wee, timm pun klau ke subway mmg selalu order parmesan oregano sebab bau roti dia umph! hiks..

    BalasPadam
  3. lama nyer la tak ngap roti subway.
    terbayang-bayang di mata dah ni hah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun sama, Aida. Lama bebenor tak makan Subway ni 😊

      Padam
  4. ish mcm nak try buat je esok hehe 😂 thank u for the resepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, Sophea. Moga kena dengan selera 😊

      Padam
  5. Balasan
    1. Nanti ada kelapangan SA boleh cuba buat! Saya memang suka sandwic cendawan😊

      Padam
  6. Thanks for sharing.. rare inti sandwich ni

    BalasPadam
  7. Kalau masak protein based macam ni saya suka. Boleh try. Lagipun saya suka cendawan

    BalasPadam
  8. Sedapnya.. Makan ini je pun dah kenyang..

    BalasPadam
  9. wah rare sandwich kak farrah ni. so sedap ada cendawan dan black pepper tu.

    BalasPadam
  10. Wah menarik! Mesti sedap tu pakai cendawan! Dengan rasa roti parmesan oregano... Sedapnyaa!!!

    Btw lama juga tak pergi ke subway.

    BalasPadam
  11. kenapala saya nampak celery tu macam petai.. unik nau sandwich petai hehe..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.