Sabtu, Mei 29, 2021

Tangkap 20 Juta Pageviews Amie's Little Kitchen

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu.

Saya ingin kongsi kegembiraan saya dapat 'duit raya' ni. Kisahnya, pada petang Rabu (Hari Wesak) saya cuba luangkan masa untuk blogwalking. Masuk blog Kak Amie (Amie's Little Kitchen) dan antara entri terkini Kak Amie ialah Jom Tangkap Pageviews ke 20 00 000. Menarik ni! Kebetulan, ketika itu paparan pageviews memang dah hampir sangat ke angka 20 juta. Adalah tinggal 1 k sahaja lagi.

Saya pun terujalah hendak 'memukat' paparan pageviews 20 juta tu. Selama ini, biasa baca blogger NA yang bernasib baik dapat capture nombor cantik di blog yang anjurkan cabaran sama. Sempat lagi cerita dekat Bott 'misi' saya kendatipun kebarangkalian untuk berjaya sangat tipis. Kami berdua sempat gelak besar lagi sebab rekod saya dalam bab-bab cuba nasib, cabutan bertuah atau apa-apa yang seangkatan dengannya memang jarang bertuah.

Baru hendak baca entri Kak Amie yang lain, Cekebon telefon. Sambung sesi borak kami yang tertangguh tadi dalam kurang lebih dua puluh minit. Selesai berbual dengan Cekebon, sempat saya tekan butang refresh sebelum saya terlelap. Hahaha! Dalam entri saya pergi klinik semalam, saya ada cerita saya dapat ubat baharu, kan? Uishhh! Memang ubat tu bukan calang-calang kesan mengantuknya pada saya. Pantang lepa je saya Zzz Zzz Zzz. Tak mampu buat apa dah! 😅

Dalam kemamar tu dengar suara Bott datang tanya, "Dapat 20M tak?" Masa tulah mata celik, baru tergagau-gagau buka phone. Si Bott dah gelak. Dah siap lelap, mimpilah nak dapat capture 20M tu. 

Chop! Jangan gelak dulu ...

Butang refresh terakhir yang saya tekan sebelum terlelap bawa saya ke paparan 20 juta! 😍 Alhamdulillah, dapat tangkap nombor cantek! Macam tak percaya, berkali-kali suruh Bott tengok untuk sahihkan. Tak berlengah saya screenshot dan hantar e-mel pada Kak Amie. Apabila Kak Amie umumkan senarai pemenang, bertambah gembira dibuatnya. Nilai hadiah yang sebelum ini RM50 dinaikkan ke RM70. Alhamdulillah! Rezeki saya dan beberapa rakan lain dapat duit raya daripada Kak Amie. Tahniah juga kepada Kak Ret, Atiqah Najihah, dan  NA.


Terima kasih banyak-banyak, Kak Amie kerana sudi berkongsi rezeki. Terima kasih juga untuk peluang yang mengujakan ini. Semoga rezeki Kak Amie sentiasa terbuka luas, dilimpahi rahmat dan berkat. Moga Kak Amie sentiasa sihat, diberi kelapangan untuk terus menulis, raih juta-juta pageviews lagi. 😘


Bagi yang belum kenal Kak Amie, marilah berkunjung ke Amie's Little Kitchen yang sebenarnya 'big' dan bukan calang-calang ini. Jangan lupa follow!

20 ulasan:

  1. Alhamdulillah, rezeki. Saya pun antara followers beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Saya banyak belajar benda baharu dari blog Kak Amie ni 😊

      Padam
  2. Alhamdulillah..tahniah..SA terlepas jauh sebab tertido masa tu...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, SA. Time-time petang tu memang boleh layan lelap. Saya pun kalau tak dikejutkan entah sampai mana 😂

      Padam
  3. Wah.. RM 70 banyak tu. Memang rezeki tak tersangka. Tahniah kak. Betul la tu, nama je blog little kitchen, tapi big n macam2 ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang macam-macam ada, kan! Setiap kali masuk blog Kak Amie, mesti ada belajar perkara baru 😊

      Padam
  4. Tahniah Farah...
    Dapat tangkapan besar yer..
    Hihihi...saya juga menumpang rezeki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah buat Cella juga. Sama-sama kita tumpang rezeki Kak Amie 😊

      Padam
  5. Tahniah farah.. X sangka bole snap 20juta tu.. Mmg bertuah tau ����

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Hehehe memang ‘unsangkarable’, kak! Kira saya cipta rekod peribadi bab tuah tuah ni 🤣

      Padam
  6. Itulah tidak sangka Kak Amie naikkan ke RM70. Alhamdulillah rezeki.
    Kadang-kadang bukan senang hendak tangkap nombor laju.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak sangka, kan? Tahniah, NA. NA expert bab tangkap2 nombor ni 😊

      Padam
  7. Tahniah Farrah. Cantik sungguh tangkapannya. Kak Amie sendiri terlepas heheheee. Kak Amie pun tumpang gembira di atas kegembiraan Farrah terima duit raya. Semuanya rezeki Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak, Kak Amie. Terima kasih sudi kongsi rezeki dengan kami semua 😘

      Padam
  8. Tahniahhhhhh kak farrah!
    Amazed tengok kak farrah screenshot betul betul exact figure :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you! Congrats to you too!
      Hihi rezeki je tu…

      Padam
  9. Alhamdulillah, syukur rezeki. Tahniah Farrah

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.