Khamis, Jun 24, 2021

Kacang Kuda dalam Menu Sihat Anda

Assalamualaikum.

Ada tak dalam kalangan teman-teman saya di sini yang gemar makan kacang kuda? Biasa tak masukkan kacang kuda dalam diet dan menu harian kalian?

Kacang kuda mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin dan mineral, kacang kuda selalu jadi pilihan sebagai sumber berkhasiat dalam pelbagai jenis diet. Antaranya, diet rendah glisemik, diet suku-suku separuh dan clean eating. Tetapi, bagi pengamal diet rendah karbohidrat, tidak bolehlah ya. 


Antara resepi kacang kuda yang pernah saya kongsikan di blog ini ialah:


Sandwic Kacang Kuda

Saya yang paling gembira di rumah apabila menyediakan menu ini. Bagi saya, sandwic kacang kuda jauh lebih sedap daripada pilihan sandwic lain. Okey, kenyataan ini agak keterlaluan hahaha. 😆 Sandwic kacang kuda tak boleh lawan sandwic sardin atau tuna. Tetapi, percayalah. Hidangan ini memang enak dan berbaloi dicuba buat tukar-tukar selera.


Kacang kuda Sos Korea

Ini tak boleh dikira sebagai menu sihat ... ini menu yummmehh! Guna sos korea keluaran Adabi sahaja. Sekali masuk mulut, memang tak berhenti mengunyah. Lagi sedap kalau ditambah dengan taburan bijan putih yang disangrai.

Di bawah ini, ada saranan bagaimana untuk memasukkan kacang kuda ke dalam pemakanan kita. Kredit kepada @herbifoods.

How to: Chickpea

Selain daripada dinikmati begitu sahaja (kacang kuda rebus), banyak lagi resepi yang boleh kita olah menggunakan kacang kuda yang turut dikenali dengan nama chickpea dan garbanzo beans. Setakat ini, selain direbus dan dipanggang, saya pernah buat falafel, kari kacang kuda, sandwic dan cookie dough.

Hummus lazimnya saya beli walaupun senang nak buat sebenarnya. Nuget dan omelette belum pernah cuba lagi.

Selalu saya makan kacang kuda rebus sebagai snek antara dua waktu makan utama. Satu genggam kecil kacang kuda rebus sesuai dijadikan alas perut. Tidaklah kita akan mengidam makan yang bukan-bukan. Bukan itu sahaja, masuk dalam salad pun sedap!

Saya pernah tengok di Youtube ada orang buat tauhu guna kacang kuda. Bagi vegetarian dan vegan, kacang kuda ni dah macam makanan ruji mereka. 

Satu perkara menarik, kalau beli kacang kuda dalam tin, air rendaman kacang kuda (aquafaba) tu jangan dibuang. Boleh guna untuk menggantikan putih telur. Jadi tau buat meringue! Siap ada peak lagi!

Selepas ini bolehlah masukkan kacang kuda dalam menu ya.

13 ulasan:

  1. Oh! Air rendaman kacang kuda dalam tin boleh dibuat meringue? Wah! Menarik pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, Kak Amie. Memang jadi. Kiranya aquafaba ni boleh jadi pengganti putih telur kepada golongan vegan atau yang alah pada produk tenusu 😊

      Padam
  2. Kacang kuda makan rebus begitu saja pun sedap.

    BalasPadam
  3. Biasa makan rebus je, tapi hummus pun sedap. Lain dari tu tak pernah pulak try. Info baru pasal air rebusan buat meringue tu. Thanks for sharing

    BalasPadam
  4. Jarang makan atau beli kacang kuda. Lepas ni boleh masukkan dlm grocery list :)

    BalasPadam
  5. Biasa makan yang rebus tuu, ada orang jual dekat pasar malam. Ahhhhh rinduuuu nyaaa nakkk beli, selalu seminggu sekali beli sebab sedappppppp :D

    BalasPadam
  6. Buat masa ini makan yang rebus. Teringin juga hendak cari yang mentah untuk cuba buat dengan sos korea.

    BalasPadam
  7. selalu mkn yg dah siap rebus..tu pn sbb org jual kt pasar mlm hehe

    BalasPadam
  8. Kena beli juga nie.. Sha suka juga kacang kuda nie..

    BalasPadam
  9. Nampak menarik kak. Da lama xmakan kacang kuda 😋

    BalasPadam
  10. Thanks for sharing this :) menarik juga heee boleh cuba nanti

    BalasPadam
  11. biasa makan kacang kuda yang rebus jugak. beli kat pasar malam hehehe

    BalasPadam
  12. saya lalu mkn rebus ajer hehee ^_^

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.