Isnin, Jun 21, 2021

Roti Sardin Gulung Air Fryer

Menu dari dapur FAMF Tower kali ini ialah roti sardin air fryer. Roti sardin gulung ini saya sediakan untuk hidangan minum petang. Asalnya hendak buat sandwic biasa. Dah siap dah inti sandwicnya. Tinggal nak sapu roti dengan mentega dan mayones, tiba-tiba ternampak serbuk roti. Terus tukar arah, buat roti sardin gulung.

Roti Sardin Gulung Air Fryer


Resepi Roti Sardin Gulung Air Fryer

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 tin kecil sardin
  • 1/2 - 1 biji bawang besar, dihiris
  • beberapa tangkai cili merah, cili hijau atau cili api terserah selera, dihiris
  • perahan jus limau kasturi secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1 biji telur
  • serbuk roti secukupnya. Serbuk roti saya bukan berwarna jingga, sebaliknya jenis yang berwarna putih keluaran Meriah. 
  • beberapa keping roti


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Siapkan inti sardin terlebih dahulu. Lenyekkan ikan sardin bersama hirisan bawang, cili dan kemudian perasakan dengan air limau dan garam. Biasanya saya tidak guna sos kuah tomato ikan sardin tu. Cuma, jika lihat tekstur inti sardin kita macam kering sangat, bolehlah dimasukkan barang sesudu dua.
  2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul sedikit. Letakkan serbuk roti di dalam pinggan.
  3. Seterusnya, ambil sekeping roti. Menggunakan rolling pin, gelek roti sehingga menjadi nipis.
  4. Letakkan inti sardin secukupnya sebelum roti digulung kemas.
  5. Setelah itu, celupkan roti di dalam telur diikuti dengan serbuk roti. Ulang proses sehingga habis.
  6. Bakar dalam air fryer pada suhu 180 darjah celcius selama 10-15 minit (bergantung kepada jenis air fryer masing-masing) atau sehingga roti bertukar keperangan dan menjadi rangup.
  7. Sedia untuk dihidangkan bersama sos pilihan.


Di dalam air fryer sebelum di bakar.

Untuk roti sardin gulung kali ini, saya buat sos cajun. Hehehe jangan ingat BTS meal je ada cajun sauce, saya pun ada sos cajun untuk cecah roti sardin gulung saya.

Bagi saya, roti sardin gulung air fryer lebih enak berbanding yang biasa kita goreng dalam kuali. Rotinya lebih rangup dan tidak serap minyak. Resepi sos cajun, insya-Allah saya kongsi lain kali ya.

21 ulasan:

  1. tak serap minyak tu yang dicari.. lebih sihat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, PC. Lagipun kalau serap minyak tu tak syok sangat makan sebab soggy.

      Padam
  2. wah bila ada 'pembantu moden' semua nya jadi senang kan hhaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaah 'bibik' ini memang memudahkan kerja 😁

      Padam
  3. Sesuai sangat guna air fryer. Biasanya goreng, berminyak roti tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Jika guna air fryer, dapatlah kita elak keadaan roti berminyak.

      Padam
  4. sedap nih..rangup roti + breadcrumb...

    BalasPadam
  5. Kalau Firdaus nampak roti sardin gulung ni mesti dia minta Mommy dia buat! Selalunya Encik Suami belikan untuknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak kalau buat untuk Firdaus, ingat saya sekali tau. Nanti leh cari pintu Doraemon... saya datang singgah kecak sikit 😂

      Padam
  6. Bak kata kak farrah sebelum ni, tak rasa bersalah sangat dengan kesihatan kalau makan makanan tak berminyak ni hehehe. Boleh la try lepas lepas ni. Eh eh sos cajun versi kak farrah mesti lagi sedapppp kan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... nak makan sedap pun kena beringat jugak. Haaa... lepas ni boleh masukkan roti sardin ni dalam senarai Atiqah untuk main-main dengan air fryer baru.
      Hahaha sos cajun tu yang pasti rasa cajunlah. Sedap ikut tekak akak je... mana leh lawan sos cajun BTS 😄

      Padam
  7. Rupa paras roti gulung sardin cantik. Ingat cicah dengan sos mustard rupanya sos cajun.

    BalasPadam
  8. Sedapnyaa inti sardin boleh cuba buat ni hehehe

    BalasPadam
  9. menarik resepi akak.. guna air fryer pula.. memang best nie..

    BalasPadam
  10. Cantiknyaaa kejadiannya! Confirm sedap ni 😋

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.