Jumaat, Julai 09, 2021

Resepi Bendi Goreng Pedas

Bendi. Lady's Finger. Okra. Setiap kali jumpa sayur banyak nama ini yang segar dan masih muda ketika membeli barang basah, saya memang tidak akan lepaskan peluang untuk beli barang sepek dua. 

Selain daripada dijadikan bahan utama untuk masak asam pedas mudah (resepi boleh lihat di sini), dimasukkan ke dalam kari sayur-sayuran dan juga singgang, biasanya saya akan masak bendi goreng pedas. Malah, hidangan ini antara yang sering diulang-ulang dalam menu.


Lihat juga: Tips Memilih Bendi

Bukan sahaja mudah disediakan, malah hidangan ini memang menyelerakan buat penggemar bendi.

Resepi Bendi Goreng Pedas

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Bendi dibasuh dan ditus. Barulah dihiris nipis.
  • Beberapa ulas bawang putih.
  • Segenggam kecil ikan bilis. 
  • 1 - 2 sudu besar cili kisar. Ingat lagi saya pernah kongsi tentang cili kiub saya? Saya gunakan 2 kiub untuk hidangan ini.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 2 - 3 sudu besar minyak masak untuk menumis.


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Tumbuk bawang putih bersama ikan bilis sehingga agak lumat. 
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan ikan bilis sehingga garing.
  3. Setelah itu, masukkan cili kisar dan biar seketika sehingga cili masak atau pecah minyak. Masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati.
  4. Seterusnya, masukkan bendi. Gaulkan bendi dengan tumisan tadi sehingga tergaul sekata.
  5. Sedia untuk dihidangkan.Tidak perlu letak garam kerana kita sudah ada masin ikan bilis dan sos tiram. 


Punyalah suka dengan lauk ini, biasanya bendi goreng pedas ini jadi lauk utama kami. Satu lauk sahaja dah cukup. Makan dengan nasi panas, letak kicap manis sedikit. Kalau rasa hendak ada sumber protien, saya gorenglah hirisan tempe atau tauhu di dalam air fryer untuk digandingkan bersama lauk bendi. 

Pantang utama selepas masukkan bendi, tumis sekejap je. Jika hendak hidangan tu berkuah sikit, nak tambah air ke … lakukan sebelum masukkan bendi. Selepas dah masuk bendi, jangan masukkan air langsung. Kita tak mahu lendirnya keluar. Nanti, tiba-tiba bendi bertindak balas mengeluarkan ‘air liur naga’, tak lalu makan pula dibuatnya. 😂


Selamat mencuba!



35 ulasan:

  1. Haha, air liur naga ye. Tak pernah saya dengar orang panggil lendir bendi dengan nama tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha menepati description tak utk lendir bendi tu? 😂

      Padam
    2. Saya terbayang 'Toothless' plak. Hihi

      Padam
    3. Ada juga comelnya kalau air liur Toothless. Akak terbayang anjing tiga kepala dalam Harry Potter punya air liur hahahah

      Padam
  2. Memang sedap bendi goreng macam ni... As suka :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan … akak selalu masak lebih untuk ratah makan begitu je 😊

      Padam
  3. Balasan
    1. Dap dap dap tapi bagi yang gemar bendi la 😀

      Padam
  4. kita datang petang2 ni...
    alamak k ret x suka bendi hehe so kita mampu tgk je org makan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat petang, Kak Ret! Tak apa tak apa. Tak makan bendi, nanti saya jamu lauk lain ya. 😊

      Padam
  5. Hehe kadang suka juga lauk jadi vegetarians tiada daging.
    Suka benda berbanding terung dalam asam pedas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe sekali-sekala perasan vegetarian apa salahnya, kan? 😂

      Padam
  6. Air liur naga ye kak farrah ahahaha, tiba tiba terbayang hahahaha.
    Tak pernah makan bendi, sebab takut pahit >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha sila bayangkan! Jahat kan akak 😂
      Bendi tak pahitlah, sayang ... Cuma kalau salah masak keluar air liur naga je hikhikhik

      Padam
    2. Betul ke tak pahit kak farrah? Mindset asyik fikir pahit pahit pahit jadinya sampai sekarang la tak makan >.<

      Padam
    3. Betul... tak pahit. Yang pahit tu peria 😂 Lepas ni boleh cuba. Cuba hirisan paling nipis/kecil dahulu. Kalau pahit, adu kat akak 😁

      Padam
  7. Salam tuan rumah..
    .
    Lama sungguh akak tak singgah sini.
    Rumah sendiripun dah jadi hutan rimba dah..
    Haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, kak. Lama tak denga khabar. Tak mengapa, kak. Mana tah di balik hutan rimba tu ada terselit bendi setangkai dua 😂
      Selama kembali berblogging!

      Padam
  8. Akak kan tak berapa pandai goreng bendi macam ni..pernah cuba tapi confirm berlendir lepas tu...acaner erk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya selalu kan kak...basuh bendi tu dulu, tuskan. Time nak masuk dalam masakan barulah dihiris atau dipotong. Lepas masuk bendi tu saya tak masuk apa-apa dah. Saya pernah tertambah air lepas masuk bendi. Memang keluar air liur naga! 😝

      Padam
  9. Bendi. antara sayur favourite saya. Sedap masak tumis pedas macam ni. Paling takpun saya akan buat ulam je. rebus dan cicah sambal belacan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bendi rebus cecah sambal belacan memang epik! Dap dap dap!

      Padam
  10. Bendi saya suka makan macam ulam sahaja.. Cicah dengan sambal belacan.. Perghhh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes. celur kejap.
      dgn budu tempoyak pun best!

      Padam
    2. Ini yang buat makan bertambah nasi ni 😂

      Padam
  11. air liur naga eh, haha! betoi, mak mertua pun pesan yg sama jgn letak air lepas letak bendi nanti lendir keluar, hihi..mmg tak lalu la klau jadi gitu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Air tu seteru dia. Hahaha memang tak akan lalu nak makan walaupun lendir tu tak berasa 😁

      Padam
  12. sedapnya bendi... salam kenal, sy follow sini ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal, Busyra. Terima kasih sudi berkunjung ke mari dan follow akak 😊

      Padam
  13. betul tu. nanti berlendir lauk kita kan.
    aida kalu buat ni, dgn byk cili merah.
    akan bersambal, farrah.
    rumah ni dgn sambal tak boleh dipisahkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi banyak sambal lagi best kan, Aida. Senang nak prepare menu, satu keluarga dengan Izzat sekali kaki makan sambal.

      Padam
  14. faveret shida dan suami juga kak farrah tp jrg sgt masak ^_^

    BalasPadam
  15. Sedap sangat ni bendi goreng pedas, Kak Amie suka!

    BalasPadam
  16. Sedapnya . Selalu juga CCL buat kacang bendi masak pedas ni . Kadang pecahkan sebiji telur dlm tu

    BalasPadam
  17. fav sy ni ms ddk asrama dulu. tp mesti ada ikan keli goreng. br lah ngam����

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.