Selasa, September 27, 2022

Resepi Sos Cajun Sos Pencecah yang Enak

Assalamualaikum. Apa khabar semua? 

Dahulu saya pernah tulis entri mengenai resepi Roti Sardin Gulung Air Fryer dengan sos cajun sebagai sos pencecah. Hari ini saya akan kongsi resepi sos cajun yang amat mudah untuk dibuat. Dah senang buat tu, bolehlah dijadikan sos pilihan untuk cecah snek kegemaran atau makanan cekut seperti nuget dan kentang goreng. Asyik lawan dengan sos cili, sos BBQ atau sos keju sahaja ... kali ini ada pilihan yang berbeza, kita nikmati dengan sos cajun.




Resepi Sos Cajun Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan mayones
  • 2 sudu teh pes tomato
  • 1 sudu besar rempah cajun
  • 1 sudu teh serbuk bawang
  • 1 sudu teh serbuk bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • sedikit serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Gabungkan semua bahan kecuali garam dan serbuk lada hitam ke dakam sebuah mangkuk. Kacau semua bahan menggunakan spatula atau gelung pemukul (whisk) sehingga tergaul sekata.
  2. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam sesuai cita rasa. Kacau lagi sehingga semua bahan sebati.
  3. Sedia untuk dihidangkan. 

*Rasa sos cajun ini boleh disesuaikan ikut selera. Jika ingin rasa cajun yang lebih kuat, tambahkan rempah cajun. Jika ingin sos yang lebih mild, tambah mayones dalam 1/4 - 1/2 cawan lagi. Begitu juga dengan paprika. Kalau suka pedas, lebihkan. Tak mahu pedas, jangan guna langsung.

Sos cajun enak dinikmati dengan pelbagai hidangan - keropok lekor, keropok belinjau, roti goreng, ayam goreng dan macam-macam lagi. Cecah dengan sayur-sayuran pun sedap! Potong memanjang timun, celery dan lobak merah. Nikmati dengan sos cajun sebagai snek kunyah-kunyah.


Resepi lain menggunakan rempah cajun yang boleh dicuba:


Selamat mencuba! 

3 ulasan:

  1. ammi suka nau kalau marinate ayam or veges with cajun... sedap nau rasanya kat tekak ammi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan, ammi? Rempah cajun ni antara rempah kegemaran saya :)

      Padam
  2. 1st time sy mkn sos ni berkerut dahi hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.