Ahad, Julai 11, 2021

Teringin Sambal Berlada Kentang

Beberapa hari yang lepas, saya masak lauk sambal berlada kentang untuk makan tengah hari. Rasa teringin sangat hendak makan juadah Minang yang satu ini. Apabila difikir-fikir, memang sudah lama saya tidak masak hidangan sambal berlada. Saya dan Bott asyik suka makan lauk berasaskan kicap je. Entah kenapa entah, kami jadi hantu kicap tiba-tiba. 😂

Kentang  ada ...  cili merah ada ... ikan bilis ada (ikan bilis dekat tapi jauh saya tu 😆), marilah buat lauk legend ini!

Resepi Sambal Berlada Kentang Ikan Bilis

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 - 4 biji kentang, dipotong baji (wedges) dan digoreng. Kentang ini saya masuk air fryer sahaja.
  • 1 biji bawang besar, dipotong dadu.
  • 7 tangkai cili merah,  ditumbuk hingga agak lumat. Jika hendak lebih pedas, tambahkan beberapa tangkai cili api.
  • Segenggam kecil ikan bilis digoreng garing. Ini juga saya masak dalam air fryer.
  • 1 keping asam keping atau sedikit cuka putih.
  • Beberapa sudu minyak masak
  • Garam secukup rasa

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah sehingga naik bau diikuti dengan cili merah. 
  2. Masukkan asam keping dan biar seketika sampai sambal masak.
  3. Seterusnya, masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng dan gaul sekata.
  4. Akhir sekali, perasakan dengan garam.
  5. Sedia untuk dihidangkan.



Bawang besar dan cili juga boleh dikisar sekali bagi memudahkan proses masakan. Saya suka ada tekstur bawang di dalam sambal. Jadi, bawang saya memang tidak ditumbuk atau dikisar.

Ada juga sambal berlada yang menggunakan beberapa ulas bawang putih dan sedikit halia sebagai ramuan. Saya lebih gemar menggunakan cili merah sahaja.

Selain asam keping dan cuka, perahan jus limau kasturi atau air asam jawa boleh digunakan untuk dapatkan sedikit rasa masam pada sambal. Sesetengah resepi turut menggunakan daun limau untuk menambah aroma segar pada sambal. Tidak suka elemen masam dalam sambal? Tidak perlu masukkan bahan-bahan ini. Cuma masak cili hingga garing dan perasakan dengan garam.

Alhamdulillah. Licin-licau lauk berlada kentang dikerjakan kami berdua. Puas makan! 😊


Resepi sambal berlada lain yang menarik untuk dicuba:

Ayam Berlada Serai dan Halia


Sambal Berlada Terung Bakar


Selamat mencuba!



31 ulasan:

  1. Kalau makan kat kedai.. Mmg salah satu lauk yg akan diambil ni heheh

    BalasPadam
  2. Tadi nak masak macam ni tau...sekali mak suruh masak lain plak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa, kak. Boleh masak hari lain. Apa yang pasti, apa sahaja menu dari dapur Kak SA memang gempak menyelerakan punyalah.

      Padam
  3. Nampak sedap tapi syggnya sy tak makan pedas huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, Nurul tak makan pedas ya. It's ok. Nanti akak belanja lauk kicap 😊

      Padam
  4. sedapnya lauk ni. boleh juga ganti kentang dengan terung :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Tiara. Berlada terung pun dap dap dap juga 😉

      Padam
  5. jln singgah sini
    kentang kegemaran en suami dan anak2
    sis je x suka sgt
    kalau sambal kentang tempe sis mkn tempe je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi berkunjung ke mari, Sis. Oh, sis kurang gemar makan kentang ya.
      Uish... kalau letak tempe, potong nipis dan goreng garing memang best!

      Padam
  6. Lauk favourite ni. Dulu zaman study beli lauk ni je nak jimat. Ambil banyak pun still murah. Kadang beli lebih sebab nak ratah. Kenyang pun kenyang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Setuju. Lauk ni mengenyangkan dan anti gagal. Kira kalau beli confirm sedaplah. Rasa tak lari hahahah Tak payah pening kepala nak pilih lauk apa lagi.

      Padam
  7. sedap ni, makan dgn nasik panas dah cukup, tambah lagi dgn tempe garing2, weiuuu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dap dap dap! Tak toleh kiri kanan dah! 🤣

      Padam
  8. Setuju dengan kak fiza, laukkk selalu beli time study dulu sebab murah hahaha.
    Buat ratah punnn bolehhhh sebab suka kongsi dengan housemate jadi selalu beli banyakkk banyakk, memang sedap lerr ratah kalau dah habis makan nasi hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini memang lauk pilihan popular! Siapa aja tak suka. Akak pun dulu kalau beli berlada kentang ni, penuh satu plastik. Kouta untuk makan dengan nasi lain, untuk ratah lain... 😆

      Padam
  9. Rindu duk kat kampus. Selalu beli dengan nasi putih. 😄

    BalasPadam
  10. kentang berlada ni kerap jugak aida buat, farrah.
    sebab bahannya memang ada kat rumah.
    dulu kala Izzat tak makan kentang nya. sambal aje dia makan.
    now, da kerap masak, dia da makan kentang :)
    ibu Izzat is happy!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Izzat dah makan kentang, bolehlah masak selalu kentang berlada ya. Kagum betul dengan anak bujang Aida, pandai makan pedas :)

      Padam
  11. ada kalau aida hiris nipis skit kentang tu and goreng garing.
    ada kala potong tebal mcm farrah ni.
    ubah ubah rupa lauk :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uish... yang nipis-nipis tu lagi sedap! Ratah begitu je, tak sempat suap nasi.

      Padam
  12. lauk kegemaran jugak ni, tapi saya suka taruk bawang lebih.

    BalasPadam
  13. Memang lauk begini laku, cepat habis. Lagi pedas lagi bagus, jangan ada rasa manis sudah.

    BalasPadam
  14. serius sedap ni kak farrah, kalau shida ratah gitu pn onnnn hehee

    BalasPadam
  15. Woww. Dengan ikan bilis nya. Fuhhh 😋

    BalasPadam
  16. Sambal berlada memang sedap. Apalagi waktu tengahari, perut lapar. Jumpa dengan dengan lauk begini dah cukup untuk menjamu selera!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.