Selasa, September 14, 2021

Adhesive Dots untuk Kerja yang Lebih Kemas

Hari ini saya ingin kongsi tentang sejenis pelekat atau gam yang saya beli di Mr. DIY.


Sesuai digunakan untuk projek kraf kertas, DIY, hias buku skrap, album gambar, jurnal dan planner. Jika hendak tampal gambar atau hiasan dalam buku skrap, hasilnya kemas dan bersih. Tidak comot dengan kesan gam. Setakat hendak tampal objek-objek ringan di dinding pun boleh guna adhesive dots ni. Tak perlu nak guna pencangkuk (hook) atau paku.

Saya tidak ingat sangat berapa harganya. Dalam RM3.++ atau lebih murah. Adhesive dots biasanya terdapat dalam banyak saiz. Pek yang saya beli ini ada 120 pelekat berdiameter 12.7mm. Sepanjang yang saya lihat memang ada satu saiz sahaja. 


Hasil Kerja Lebih Kemas

Apa yang saya suka, lapisan pelekatnya nipis dan mudah digunakan. Setiap pelekat diapit dengan dua plastik (released paper). Apabila hendak digunakan, misalya hendak tampal gambar ... cabut salah satu plastik yang melindungi pelekat dan tampal pada bahagian belakang gambar. Setelah itu, barulah ditanggalkan plastik yang satu lagi, kemudian lekatkan ke permukaan yang dikehendaki. Tidak perlu bimbang jari sememeh kena gam. Hasil kerja kita pun lebih kemas.

Kuat atau tidak tampalannya? Kuatlah untuk projek yang ringan-ringan. Jangan expect pelekat ini jenis kuat macam gam gajah pula. Ingat lagi Projek Soldadu saya?



Saya malas hendak guna hot glue. Jadi, saya tampal cawan, sos dan kotak nuget menggunakan adhesive dots. Alhamdulillah, apabila sampai ke penerima semua masih in tact. tiada yang tercabut cuma ada satu sos nuget yang bergerak sedikit. Okeylah, kan?

Jika hendak dapatkan adhesive dots ni, kunjungi Mr. DIY yang terdekat ya. Saya rasa ini antara adhesive dots yang berbaloi dibeli. 




20 ulasan:

  1. Bolehlah digunakan untuk kerja-kerja seni anak-anak sekolah kan Farrah?
    Kalau gam gaah tu takutlah saya.... sau masalah pula kalau melekat di tangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Kak Amie. Untuk budak-budak sesuai sangat ni sebab tak messy. Huhuhu kalau gam gajah saya pun takut nak guna, kak. Benda lain yang nak digam, tahu-tahu jari pula yang melekat :)

      Padam
  2. Bagus adhesive jenis kuat melekat ni. Nak guna pun mudah. Hasilnya terbukti kuat melekat tak tanggal pun walaupun dipos dari jauh. Bagus bagus :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang akak puas hati. Bila kuat ampalannya begini, tak payahlah nak guna hot glue tu.

      Padam
  3. Lebih selamat penggunaannya juga kan.

    BalasPadam
  4. kena study pelajari benda2 ni..orang veteran..late nak faham..bagi chan orang muda2 hadam ilmu ni..menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik kan, cikgu ... saya suka guna gam yang mudah sebegini.

      Padam
  5. Ingatkan acne patch tadi. Nice jugak adhesive patch ni. Nampak kemas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kemas, lebih mudah nak digunakan. Akak selalu fail bab guna gam basah ni.
      Acne patch? hehehe memang ada rupa :)

      Padam
  6. Murah jugaklah harganya RM3+ untuk 120 pelekat. Saya tak pernah guna, baru harini tahu pasal ni hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Murah kan... haa lepas ni kalau jumpa dah tahu dah apa gunanya :)

      Padam
  7. menarik! kalau nk diy boleh beli..tq sharing kak farrah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure, Shida. Memang best sangat guna utk buat DIY ni.

      Padam
  8. menarik jgk ni.. blh usya mane tau akn dtg berguna.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuai untuk ezy ni. Ezy kan suka buat DIY dan deco-deco :)

      Padam
  9. Bhya klau ke mr diy ni, kang ada ja benda lain tergrab sekali..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.