Isnin, September 06, 2021

Mi Goreng Spicylicious Mi Sedaap

Sudah rasa Mi Goreng Spicy’licious dengan Sambal Hijau Mi Sedaap yang baharu? Baru tak baru, sudah sebulan lebih rasanya produk ni berada di pasaran. 

Saya sebenarnya tidak perasan pun yang di rumah ni ada Mi Sedaap Spicy’licious. 

Cuma baru-baru ini apabila lapar dan teringin hendak makan mi segera jenis goreng, selongkar pantri jumpa satu pek. Tak pasti dari mana dapat. Mungkin masa beli barang dapur di Econsave dapat hadiah percuma. Tak pun Cekengah yang bagi. Adik saya ni ada kecenderungan suka cuba produk baharu yang dia nampak sedap. Apabila dah makan, tak kena selera atau telinga berasap sebab tak tahan pedas, semua dihantar ke rumah saya. 

Inilah rupanya Mi Goreng Spicy’licious dengan Sambal Hijau.  

Ada empat pek perencah yang diberi - serbuk bumbu, minyak, sambal hijau dan kripik rendang. Kripik ni elemen kriuk-kriuk yang kita letak sebelum hidangkan mi. 

Jika diikut cara penyediaan, sambal hijau tu patut digaul sekali bersama serbuk bumbu dan minyak. Tetapi, saya sengaja asingkan. Tak pasti tahap kepedasan sambal hijaunya  bagaimana. Nanti Bott tak boleh nak mengecak pula.

Dari segi rasa, ini salah satu olahan Mi Sedaap pedas yang enak. Semasa gaul serbuk bumbu dengan mi, semerbak bau rendang menggoda selera. Elemen sambal hijau memang terasa. Memang best! Satu sahaja yang tidak kena dengan saya - kripik rendangnya. 

Berbeza dengan mi Sedaap sebelum ini yang didatangkan dengan kriuk-kriuk bawang goreng, potongan kripik rendang agak besar dan tebal. Sukar juga hendak dimakan kerana teksturnya yang keras. Amaran awal - hati-hati semasa nak mengunyah tu. 😂 Bagi saya, jika dikekalkan elemen kriuk-kriuk bawang seperti biasa tentu lebih ngam. 

Apapun, alhamdulillah dah selamat masuk perut. Ada antara kalian yang sudah cuba Spicy’licious Sambal Hijau ini? Kena dengan selera kalian atau tidak?


19 ulasan:

  1. Dah nama pun mi sedaap.. Mesti sedap.. Hehe

    BalasPadam
  2. belum try lagi.. nanti nak try la hehe

    BalasPadam
  3. Tak pernah cuba lagi dan tak tahu pun kewujudan spycylicious ni..

    BalasPadam
  4. suka makan mi sedap mi goreng sebab ada kriuk kriuk tu..haha

    BalasPadam
  5. Haa blm jumpa lagi.. Ok nnt dh terjumpa pasti nk cuba heheh

    BalasPadam
  6. Belum cuba . Tapi rasanya mesti sedsp . Pedas sangat ke ?

    BalasPadam
  7. xtry lg yg ni..
    kalo pedas mngkin xkn try la.. haha

    BalasPadam
  8. ala takde bawang kriuk kriuk tu tak best la. kalau pedas tak sangguplh pulak. hihi

    BalasPadam
  9. Kalau mi sedaap biasa beli yang original je Kak Farrah. Tak pernah cuba yang selain itu. nanti nak try gak lah cari Spicy’licious Sambal Hijau ni. Pedas dia tu macam sedap je sebab saya pempedas. Hihi..tapi tak ada kriuk kriuk kurang feel pulak mi sedaap.

    BalasPadam
  10. Cantiklah packaging dia. Hijo hijuo gituuu. Belum pernah try. Mi Segdap pun dah lama tak makan

    BalasPadam
  11. tak perasan pulak mi goreng spicylicious ni sebab jarang makan brand ni. Nampak menarik sambal dia

    BalasPadam
  12. x penah mkn. seumur hidup mkn megi kari je. tu pn kali terakhir mkn thn 2014 kot hehehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.