Khamis, September 16, 2021

Pulut Pagi Hari Malaysia

Assalamualaikum. Selamat Hari Malaysia! Alhamdulillah, moga hari ini dapat kita manfaatkan sebaiknya untuk berehat. Ada yang punya sebarang rancangan untuk keluar jalan-jalan? Jika ada, jaga diri baik-baik. Patuhi SOP ya.

Kalian sudah bersarapan? Hari ini rezeki kami berdua makan pulut pagi. Kebetulan ada sedikit beras pulut yang berbaki di dalam balang. Seawal pagi Bott dah kukus pulut di dapur.

Inilah pulut pagi sarapan Hari Malaysia kami. Tetapi, pulut pagi ini versi separuh menjadi. Jika diikutkan, warna pulut pagi yang autentik lebih pekat. Lebih kecoklatan. Macam warna wajik. Tetapi, saya yang buat hal. Di pertengahan proses memasak. sewaktu Bott sedang parut nise kerek untuk digaulkan dengan pulut, saya ternampak ikan masin di dalam peti ais.

Terus minta Bott jangan masukkan nise kerek banyak sangat sebab tiba-tiba teringin nak makan pulut dengan kelapa parut dan ikan masin pula. Nampak tak ada ciri-ciri gelojoh tamak haloba di situ? 😆 Pulut manis (pulut pagi) hendak, pulut ikan masin pun hendak! Maka, jadilah pulut pagi manja!

Hendak buat pulut pagi mudah sahaja. Kukus atau tanak pulut ikut cara anda. Setelah pulut masak, gaulkan dengan parutan nise kerek atau gula Melaka sehingga sebati. Banyak mana nise kerek atau gula Melaka yang hendak digunakan, terserah selera masing-masing. Lagi banyak kandungan gula yang digunakan, lagi pekat warna pulut tu nanti. Kukus lagi buat seketika hingga wap keluar supaya gula betul-betul cair dan sebati dengan pulut.

Setelah siap, hidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Biasanya kelapa parut pun saya kukus sebentar supaya tidak cepat rosak. Kombinasi lemak manis masin pulut, nise dan kelapa parut memang enak lagi-lagi apabila dihidangkan dengan secawan kopi O panas.

Selamat bersarapan! Oh, jika hendak beli nise kerek asli, boleh lihat entri saya yang ini. Saya beli di Lazada je. Cubalah tengok di kedai ini. Memang sedap nise kereknya.

8 ulasan:

  1. Salam Hari Malaysia...
    tgk pulut, ala tingin plak nak cari pulut kuning haha

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Malaysia. Saya tak kemana mana..duduk rumah je lah :)

    Sedapnya berpulut pagi pagi. Bila dah masak pulut ni biasalah tu terasa nak makan dengan itu ini, tiba tiba macam tamak kan. hihi..itu biasa. Baru saya tahu kalau kukus dulu kelapa parut tu dia lambat rosak. Terima kasih share petua :)

    BalasPadam
  3. Dapnya...Syu suka makan pulut dengan rendang😁💕

    BalasPadam
  4. saya kalau makan pulut, badan rasa letih. tak taulah kenapa. so definitely takkan makan as breakast. selamat hari Malaysia kak. Hari ni duduk rumah aje. BW sambil tonton TV

    BalasPadam
  5. selaamt hari Malaysia .
    wah sedapnya . lama tak makan pulut dengan nyior . gandingkan dengan ikan masin lagi sedap

    BalasPadam
  6. Selamat Hari Malaysia kak farrah!
    Saya harini pergi makan kat luar meraikan hari last day kakak dalam ward department hehehehe. Nampak sedapp! Saya suka makan pulut yang cicah nyior dengan ada ikan sekali tuuuu hehehe.

    BalasPadam
  7. kombinasi lemak dan masin mmg sedap x terhingga ;-)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.