Isnin, Oktober 04, 2021

Khabar Kopi | Jumpa di Kafe Joshua

Assalamualaikum. 

Hari ke-4 bulan Oktober. Saya masih berkopi-kopi. Memanfaatkan sebaiknya baucar-baucar Hari Kopi yang saya terima. Menikmati sepenuhnya aroma dan kelazatan kopi memanjalan tunas rasa. Rugilah kalau dibiarkan begitu sahaja. 😊

My coffee 😊

Hari ini, seawal pukul 4.30 pagi, saya terima pesanan Whatsapp. Ingatkan Cekebon. Tetapi, tidak! Mesej daripada seorang gadis bernama Amira - Kak Girang, lama tak dengar berita. Miss you so much! Miss Ariyyan. Miss Joshua. 

Dalam mamai-mamai tu, saya abaikan sahaja mesej tersebut. Obviously salah orang. Siapa Girang? Siapa pula Ariyyan dan Joshua?

Selepas Subuh barulah sel-sel otak berhubung. Terkekeh-kekeh saya seorang diri. Lupa pula pernah jadi Girang Fashali dua tiga tahun belakangan ini. Amira, salah seorang kenalan yang saya temui di dunia Wattpad. Waktu tu saja-saja menulis dan terjebak secara tidak sengaja dengan projek Lelaki Langit Bumi. Amira inilah antara yang rajin ikuti cerita-cerita saya di sana.

Sudah lebih setahun saya tidak log masuk ke akaun Wattpad. Setelah terbitkan Lelaki Langit Bumi dalam bentuk e-book di E-Sentral, hantar skrip Somnambulis untuk dinilai sebuah produksi seberang, saya pencen hahahah. Terus sibuk dengan dunia sebenar. Sekarang ini hendak menulis sebaris ayat pun belum tentu ada idea.


Jumpa di Kafe Joshua


Kegilaan saya pada kopi turut terbawa-bawa ke dalam penulisan. Apabila Amira sebut tentang Joshua, baru saya teringat saya ada himpun beberapa certot dan cerita pendek dengan tema kopi di bawah Jumpa di Kafe Joshua. Joshua bukan watak utama. Joshua sekadar pencerita. Setiap cerita memang ada 'bau-bau kopi' dan salah satu latar tempatnya pasti di kafe milik Joshua. 

Tetapi, kebanyakan cerita-cerita di sini saya sudah nyahterbitkan kerana ada yang dihantar untuk terbitan zine, masuk pertandingan menulis dan ada juga saya olah semula jadikan skrip.

Dan baru je tadi saya terima khabar kopi yang boleh dianggap menggembirakan saya. Saya dapat e-mel - dua cerpen kopi saya telah disenaraipendekkan sebagai antara cerpen yang terpilih ke peringkat akhir pertandingan penulisan anjuran sebuah rumah penerbitan di seberang. 

Punyalah saya gembira. Saya tak letakkan harapan untuk menang. Dah terpilih tu kira satu pencapaian peribadi. Menulis dalam bahasa Melayu pun masih tunggang-langgang, apa lagi dua naskhah ini yang ditulis sepenuhnya dalam bahasa Indonesia. Kira cukuplah untuk puaskan hati dan tanda ✅ beberapa item dalam ‘Senarai Kena Cuba Buat Sekurang-kurangnya Sekali’ saya. 😊


Dah cuba tulis novel? ✅ 

Dah cuba buat skrip? ✅

Dah cuba tulis cerita dalam bahasa Indonesia? ✅

Dah cuba masuk pertandingan menulis? ✅


Okey, checked. Kita fokus pada perkara lain pula. Penulisan kreatif bukan bidang saya. 😂


Nah, masih dalam mood Hari Kopi, saya belanja dua cerita pendek yang masih ada di sana! Nanti insya-Allah ada rezeki, saya belanja kopi betul ya.

Tetapi, cerita-cerita ini belum disunting tau. Jadi, maaf dan mohon pejam sebelah mata kalau ada kesalahan ejaan atau sistem bahasa. 

Tak perlu ada akaun Wattpad, boleh baca melalui web browser. Klik sahaja pautan di bawah:

dan 


Selamat membaca!

22 ulasan:

  1. tahniahnyer., bakat perlu diasah selalu agar tidak luntur., ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa dalam bidang ini saya tidak berbakat, wak. Kena cari bakat lain untuk diasah :)

      Padam
  2. Wah menarik perjalanan dalam penulisan, jalan cerita yang ada bau kopi..sedap and terus hidu turuti aroma....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tapi tak adil untuk orang yang tak gemar kopi...

      Padam
  3. Wahhhh, tahniah ye Farrah. Moga ada rezeki untuk menang.

    Terbau-bau coffee ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Ayu. Hehehe masa tu saja-saja hantar je sebab kebetulan tema ceritanya pasal kopi :)

      Padam
  4. wowwwww!!!
    dasat! Kak ret nk menulis sebaris ayat pun amek masa yg agak lama..
    Sebab tu masa exam esp tajuk penulisan memang kelaut piginya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha tak ada dasat mana, Kak Ret. Masa ni fasa saya bercuti panjang. Tak ada kerja, bolehlah main karang-karang. Saya sama spesies macam kak Ret gak. Bab penulisan ke laut dalam gitu!

      Padam
  5. Sedapnya berkopi kopian. kadang benda lama kita tinggalkan susah nak ingat semula. Mujurlah ingat siapa pengirim whatsapp tu. Tahniah Kak Farrah berjaya terpilih. Andai ada idea boleh teruskan menulis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Fiza. Hehehe teruskan menulis tu tak kot. Kita serahkan pada yang pakar.
      Yes, memang indah berkopi-kopian. Insya-Allah, mana tahu suatu hari nanti kita boleh ngopi sama sambil makan kuih bulan 😉

      Padam
  6. tahniah.
    semoga cerpen kopi yang terpilih ke peringkat akhir pertandingan penulisan ada rezeki untuk menang

    BalasPadam
  7. wahhh dasat la kakfarah! berbakatttt.. kreatifffff..
    aishhh kopi loverssssss!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tinggi melambung pujian tu. Akak kaki merapu je.
      Yesss! Kita coffee lovers forever hahahah

      Padam
  8. Oh kopi cerpen. Hehe ingat apa tadi.

    BalasPadam
  9. CCL pun coffee lover , sehinggakan blog pun letak nama coffee

    BalasPadam
  10. hebat kak Farrah. Bukan senang tau nak tembus pasaran Indonesia. Di sana pun ada ramai penulis berbakat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduh, Sal. Tak hebat mana ... Tak ada tembus pasaran mana pun. Spesies di 'whoareyou' kan orang je. Cuma di Indonesia, pasaran buku mereka lebih luas dan besar... lagi-lagi rumah penerbitan independent baru nak up gitu. Begitu juga stesen tv mereka, kan ada banyak channels. Dulu-dulu akak pernah kerja dengan team dari seberang...so ada peluang/job kecil, dapatlah cuba nasib.

      Senang cakap, akak ni kira macam seekor udang geragau yang tersesat kat laut sana main 'keep swimming' (baca ikut tune Dory, Finding Nemo) demi duit jajan lebih seringgit dua. Itu aja hahahah.

      Padam
  11. Tahniah! tahniah!!! hebat tuuu... bkn senang nk tembus pasaran negera jiran. tambah pulak sn punya talent kaw2 belaka

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.