Ahad, November 21, 2021

Resepi Lempeng Kelapa yang Enak, Lembut dan Berlemak

Sudah agak lama sebenarnya saya buat lempeng kelapa ini untuk hidangan sarapan. Lama peram dalam draf, baru sekarang terhegeh-hegeh buat entri. 

Orang utara panggil peknga nyoq. Saya suka sangat aroma lempeng kelapa yang membangkitkan selera. Wangi satu rumah. Kebetulan, beberapa hari sebelum itu saya masak sambal tumis ikan bilis dan masih berbaki. Terbayang-bayang keenakan lempeng kepala panas yang dicecah dengan sambal tumis. Tak boleh jadi! Memang kena melempenglah jawabnya.

Salah satu tips untuk menghasilkan lempeng kelapa yang enak berlemak adalah dengan menggunakan parutan kelapa sederhana muda. Orang panggil nyiur kulit hidup. Isinya lebih manis. Barulah kawww! Tetapi, masa tu hendak melempeng baru hendak dicari kepala parut muda .... lupakan sahaja. Pakailah kelapa parut biasa yang ada di dalam peti dingin beku. 

Lihat Cara Simpan Kelapa Parut di sini.


Selain itu, penggunaan air kelapa dan santan turut memainkan peranan supaya lempeng kelapa kita lebih enak. Tetapi, usah khuatir. Dua bahan ini sekadar ramuan tambahan. Kalau ada santan lebih di dalam peti sejuk tu bolehlah guna. Jika tiada, tak perlu pening kepala. Tanpa air kelapa dan santan pun lempeng tetap sedap. Kan kita sudah letak banyak kelapa parut. 

Inilah lempeng kelapa saya.

Resepi Lempeng Kelapa Enak, Lembut, Gebu dan Berlemak

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 - 2 cawan kelapa parut. Kalau mahu lempeng kelapa yang sedap, jangan kedekut guna kelapa parut. Kelapa parut kena banyak daripada tepung.
  • 1 1/4 - 1 1/2 cawan air (lebih kurang). Jika adunan lempeng pekat, boleh tambah sedikit air lagi.
  • garam secukup rasa


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Satukan tepung gandum, kelapa parut dan garam di dalam sebuah mangkuk. Gaul hingga sekata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya menjadi bancuhan lempeng.
  3. Masak lempeng di atas kuali leper.


Ini resepi lempeng kelapa paling asas. Gandakan sukatan kalau mahu buat banyak. Jika ingin guna air kelapa dan santan, bahagikan sukatan air di atas kepada dua ikut selera. Hendak buat 1/2 santan 1/2 air kelapa boleh. Atau satu cawan air kelapa, selebihnya santan pun boleh. Bab air ni pun kita agak-agak sahaja. Jangan cair sangat adunan lempengnya. 


Jom buat lempeng kelapa! 



25 ulasan:

  1. Kalau ada lempeng ini di depan saya, mesti lebih dua keping masuk perut!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lempeng macam ni kita tak boleh tahan selera, kak. Makan aje heheheh

      Padam
  2. Balasan
    1. Lempeng ni kalau makan tak cukup sekeping, Puan Hazel :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Yang simple tu yang bertambah-tambah makan, DP :)

      Padam
  4. Untung pandai masak lempeng. Saya pandai makan je. 😂

    BalasPadam
  5. terbayang pulak muka excited anak dara ammi yang kat asrama tu kalau kedai tu ada jual lempeng kelapa. senyum sampai ke telinga selalunya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh geng dengan Kyra ni. Geng lempeng kelapa :)

      Padam
  6. aduhh menggoda sis.. sini lempeng kelapa mahai nau

    BalasPadam
  7. Sedapnya lempeng, kelapa lebih dari tepung, dengan sambal pula, memang buat sendiri rasa puas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, dapat buat ikut selera kita memang puas hati :)

      Padam
  8. Favourite ni. Tak pernah cuba tambah santan or air kelapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh cuba. Akak pun selalu pakai air biasa je, Sal.

      Padam
  9. Terasa rasa kesedapan lempeng kelapa panas cicah sambal tumis tu. Menyelerakan betul. Sekeping tak cukup ni. Hehe...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.